Mangsa banjir di Perak bertambah

BAGAN DATUK: Bilangan mangsa banjir di Perak meningkat jam 8 pagi ini apabila mencatatkan 44 mangsa daripada 13 keluarga membabitkan dua daerah iaitu Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Jumlah itu bertambah berbanding jam 8 malam semalam apabila sejumlah 16 mangsa direkodkan daripada lapan keluarga membabitkan daerah Bagan Datuk.

Berdasarkan laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak, Hilir Perak adalah daerah paling terjejas dengan 28 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib.



PPS berkenaan dibuka semula 8 malam semalam bagi menempatkan mangsa banjir yang terdiri daripada penduduk Lorong Mesra, Kampung Batu 7 ½.

Di daerah Bagan Datuk, 16 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat. Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Belukang, Kampung Sungai Tiang Darat dan Kampung Sungai Nipah Darat.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading