Kai Hassan deejay baharu Suria FM

Kai Hassan deejay baharu Suria FM

Kai Hassan deejay baharu Suria FM
Kai diumumkan sebagai penyampai radio baharu Suria FM.

SURIA FM mengumumkan Kai Hassan sebagai penyampai radio baharu bermula Selasa.

Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra disapa DJ Lin, kehadiran Kai di stesen radio berkenaan akan membawa impak baharu selain diberikan pendedahan menggendalikan beberapa segmen bersama penyampai radio lain.

Kai atau nama sebenarnya Abdul Karim Hassan ke udara bersama barisan penyampai segmen Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.



Kai Hassan deejay baharu Suria FM
Kai bakal menggendali beberapa segmen utama di Suria FM.

“Kemasukan Kai Hassan sebagai penyampai baru di Suria FM akan membawa impak baru dan di peringkat awal ini.

“Kai akan diberikan pendedahan serta pengalaman untuk mengendalikan semua segmen utama di Suria FM, iaitu Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

“Diharap dengan kemasukan Kai sebagai antara tunggak utama barisan penyampai radio Suria FM akan membawa impak lebih baik dan positif dalam mengukuhkan lagi pasukan kami di tahun 2014,” katanya.

Dalam pada itu, DJ Lin turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kai atas kesudiannya untuk bergabung dan menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM sekali gus mengharapkan perubahan ini mampu meningkatkan lagi kualiti stesen radio tersebut.



Untuk rekod, Kai memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Manis FM pada 2017.

Pada tahun 2020, penyampai radio itu berpindah ke stesen radio Selatan iaitu Best FM sebelum ditawarkan menjadi penyampai di Molek FM pada 2022.

Kai Hassan deejay baharu Suria FM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading