Azira Shafinaz perjelas salah faham menang pelakon komedi terbaik

Sekarang tidur pun sambil peluk trofi

Azira Shafinaz perjelas salah faham menang pelakon komedi terbaik

Sekarang tidur pun sambil peluk trofi
Azira tidak mahu disalah anggap sebagai pelakon komedi.

KEMENANGAN Azira Shafinaz menerusi Asian Academy Creative Awards pada 7 November lalu mendapat pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan netizen yang keliru dengan trofi diterimanya.

Jelas Azira atau Azira Shafinaz Rahman, 31, kemenangan tersebut bukan mengiktirafnya sebagai pelakon komedi sebaliknya menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk drama komedi.

Walaupun berlaku kekeliruan itu, Azira tetap bersyukur jika ada pihak dapat melihat kemampuannya sebagai pelakon komedi kerana ia bukan sesuatu yang mudah dilakukan.



Azira Shafinaz perjelas salah faham menang pelakon komedi terbaik
Azira tidak menyangka meraih kemenangan di peringkat Asia.

“Saya tak mahu orang rasa kemenangan ini salah kerana ada yang mempertikaikan sejak bila saya berlakon komedi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Rosdy bidas kenyataan Ti Lian Ker


“Untuk tidak mahu orang salah faham, sebenarnya saya memenangi kategori watak dalam drama komedi tapi Alhamdulillah kalau orang nampak saya boleh berlakon dalam genre itu,” katanya kepada mStar.



Azira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung pada petang Ahad.

Dalam pada itu, Azira meluahkan rasa syukur dengan anugerah pertama dimenanginya selepas 10 tahun bergiat aktif dalam dunia hiburan.

Kata Azira, dia terbuka untuk berlakon dalam drama komedi kerana sebelum ini pernah menyertai program Sepahtu Reunion yang dilakonkan bersama Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Ilya dan Mamat Sepah.

Azira Shafinaz perjelas salah faham menang pelakon komedi terbaik
Azira terbuka untuk berlakon lebih banyak watak komedi.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP



 

“Alhamdulillah saya tak sangka rezeki saya rupanya di luar (peringkat Asia) sebab selama 10 tahun dalam industri saya tidak pernah dapat peluang merangkul anugerah.

“Sekarang tidur pun dengan trofi sebab bila bangun saya rasa ia bukan mimpi.



“Insya-Allah selepas ini saya terbuka berlakon dalam drama komedi sebab sebelum ini pun saya pernah terlibat dalam program Sepahtu Reunion.

Azira Shafinaz perjelas salah faham menang pelakon komedi terbaik
Peminat keliru dengan kemenangan Azira sebagai pelakon komedi.

“Saya ingat program itu berdasarkan skrip tapi rupanya spontan. Alhamdulillah Sepahtu pun beri pujian dan tak sangka saya boleh buat,” ujarnya.

Azira memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik untuk drama komedi iaitu Ijab Kabut di Asian Academy Creative Awards yang berlangsung di Singapura.

Azira berjaya mengalahkan tiga lagi calon dalam kategori tersebut iaitu Jeanie Ng Ka Yan (Hong Kong), Ratna Pathak Shah (India) dan Isabelle Daza (Filipina).



Pun begitu, kemenangan diraih Azira mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat yang mempersoalkan sejak bila dia bergelar pelakon komedi.

Azira Shafinaz perjelas salah faham menang pelakon komedi terbaik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button