Pokok tumbang hempap rumah, tiang elektrik dan kenderaan

Pokok tumbang hempap rumah, tiang elektrik dan kenderaan

Pokok tumbang hempap rumah, tiang elektrik dan kenderaan
Kerja-kerja giat dijalankan bagi mengalihkan pokok tumbang di Jalan Bendahara, Taman Salak Selatan, Kuala Lumpur, hari ini. – Foto ihsan APM

KUALA LUMPUR: Tiga rumah di Jalan Bendahara, Taman Salak Selatan, di sini, terjejas akibat pokok tumbang susulan hujan lebat serta angin kencang, hari ini.

Malah, kejadian itu menyebabkan tiang elektrik dan kenderaan di lokasi terbabit turut dihempap pokok tumbang berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 7.45 malam tadi.



“Susulan itu, sepasukan anggota penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian. Sebaik saja tiba, pasukan mendapati ada tiga rumah dihempap pokok setinggi kira-kira enam meter.

“Pokok yang tumbang berkenaan juga menghempap tiang elektrik menyebabkan bekalan elektrik di kawasan itu terputus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dianggarkan 30 orang yang menghuni tiga kediaman berkenaan terjejas akibat insiden itu.

“Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan kejadian itu.



“Kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang berkenaan kemudian giat dijalankan,” katanya.

Pokok tumbang hempap rumah, tiang elektrik dan kenderaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading