Hampir 97 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah dekat Kota Kinabalu dipadam

Hampir 97 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah dekat Kota Kinabalu dipadam

Hampir 97 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah dekat Kota Kinabalu dipadam
Anggota giat memadam kebakaran menggunakan kaedah buih di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok.

KOTA KINABALU: Kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok dekat sini sejak lima hari lalu kini sudah lebih 97 peratus dipadam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba I, Hamza Isnurdini, berkata kira-kira 97 peratus daripada 45,700 meter persegi kawasan kebakaran yang membabitkan tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.

“Operasi pemadaman masih menggunakan peralatan jentera khas berikutan kawasan kebakaran berskala besar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Beliau berkata, perasi dilaksana 41 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah.

Hampir 97 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah dekat Kota Kinabalu dipadam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button