Pemandu jentera pengorek maut dilanggar bas kilang

Pemandu jentera pengorek maut dilanggar bas kilang

Pemandu jentera pengorek maut dilanggar bas kilang
Keadaan motosikal mangsa dalam dalam kemalangan di hadapan simpang tiga lampu isyarat di Jalan Merbau Pulau-Kuala Ketil, malam tadi. – Foto PDRM

BALING: Penunggang motosikal maut selepas dilanggar bas kilang dari belakang di hadapan simpang tiga lampu isyarat di Jalan Merbau Pulau-Kuala Ketil, malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Ooi Su Ching, 43, yang bekerja sebagai pemandu jentera pengorek (back hoe) meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Bagaimanapun, tujuh penumpang bas yang juga pekerja kilang di Bayan Lepas, Pulau Pinang berusia antara 23 hingga 46 tahun dan pemandu bas terbabit selamat dan tidak cedera.



Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, anggotanya di Pejabat Pertanyaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menerima panggilan berhubung kemalangan membabitkan sebuah bas kilang dengan motosikal itu pada jam 8.19 malam.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, bas kilang itu dari arah Bayan Lepas selepas mengambil pekerja kilang terbabit ke Pekan Kuala Ketil untuk menurunkan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini




“Mangsa yang menunggang motosikal Honda pula dari arah tempat kerjanya di Kuala Bakong menghala balik ke rumahnya di Kuala Ketil.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, ketika itu lampu isyarat hijau dan bas kilang terbabit yang berada di lorong sebelah kiri dipercayai memotong sebuah kereta kemudian terlanggar bahagian belakang motosikal terbabit yang ketika itu berada di lorong kanan untuk membelok masuk ke sebelah kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit terjatuh di laluan bertentangan dan cedera parah di kepala kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim dan dibedah siasat hari ini untuk mengetahui punca kematian.

“Pemandu bas kilang berusia 38 tahun itu ditahan dan turut diambil sampel air kencingnya untuk siasatan lanjut,” katanya.



Shamsudin berkata, permohonan reman terhadap pemandu bas terbabit juga akan dipohon di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pemandu jentera pengorek maut dilanggar bas kilang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button