Bas terbalik di Lebuhraya KL-Karak, laluan ke timur terhalang, arah barat sesak teruk

Bas terbalik di Lebuhraya KL-Karak, laluan ke timur terhalang, arah barat sesak teruk

Bas terbalik di Lebuhraya KL-Karak, laluan ke timur terhalang, arah barat sesak teruk
Kerja mengalihkan bas ekspres yang terbalik di Kilometer 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dari Bukit Tinggi ke Lentang. – FB LPT

KUALA LUMPUR: Sebuah bas persiaran terbalik di Kilometer 51.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dari Bukit Tinggi ke Lentang, menyebabkan semua lorong terhalang.

Bas berkenaan dilapor membawa 16 penumpang, termasuk empat warga asing ketika nahas berdekatan Hentian Rehat Lentang itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, Badrul Hisham Saari, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.53 pagi sebelum sepasukan 19 anggota BBP berkenaan dihantar ke lokasi.



Pasukan bomba yang menggunakan lima jentera tiba di tempat kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari BBP Bentong pada jam 8.12 pagi.

“Bomba berjaya mengeluarkan seorang wanita yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan membawa mangsa ke Hospital Bentong menggunakan ambulans bomba (EMRS),” katanya.


Katanya, seorang lagi wanita dan tiga lelaki cedera dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital sama.

Terdahulu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebook, melaporkan aliran trafik arah timur terhenti sepenuhnya menyebabkan kesesakan sepanjang 4.7 kilometer (km), manakala arah barat, trafik sesak sepanjang 2.2km.

“Semua lorong arah timur dan arah barat terhalang bagi kerja pengalihan. Trafik arah barat dilencongkan ke Hentian Sebelah Lentang,” katanya.

Kerja mengalihkan bas kini sedang dijalankan di lokasi.



Bas terbalik di Lebuhraya KL-Karak, laluan ke timur terhalang, arah barat sesak teruk

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button