Israel usir peguam hak asasi manusia Palestin
Israel usir peguam hak asasi manusia Palestin
BALTULMUQADDIS: Kementerian dalam negeri Israel berkata pihaknya telah menghantar pulang seorang peguam hak asasi manusia Palestin ke Perancis selepas menuduhnya melakukan ancaman keselamatan.
Menurut kementerian itu, Salah Hamouri, 37, diiringi ke dalam penerbangan ke Perancis oleh polis pada awal pagi tadi.
Penduduk Baitulmuqaddis itu dilucutkan hak pemastautinnya selepas pegawai menuduhnya sebagai ahli pertubuhan pengganas.
Salah menafikan tuduhan itu dan kumpulan hak asasi manusia turut mengecam tindakan itu.
“Hukuman untuk pengganas Salah Hammouri telah selesai dan dia telah diusir dari Israel,” kata Menteri Dalam Negeri Israel, Ayelet Shaked dalam satu kenyataan.
Salah memegang kewarganegaraan Perancis melalui ibunya dan mempunyai hak pemastautin di Baitulmuqaddis yang boleh dibatalkan oleh pihak berkuasa.
Salah bekerja untuk Addameer, kumpulan bantuan undang-undang dan hak banduan Palestin yang digelar sebagai organisasi pengganas oleh kementerian pertahanan Israel pada Oktober 2021 bersama lima kumpulan masyarakat sivil Palestin yang lain.-AGENSI
Israel usir peguam hak asasi manusia Palestin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?