Lima sungai utama di Kelantan lepasi paras bahaya

Kota Bharu: Lima sungai utama di Kelantan masih melepasi paras bahaya sehingga 8.30 pagi ini.

Menurut laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my, sungai yang melepasi paras bahaya itu ialah Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.63 meter (m) berbanding paras normal lima m.

Selain itu, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah juga melepasi paras bahaya dengan bacaan 24.62 m berbanding paras normal 19 m.



Tiga lagi sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.97 m), Sungai Lebir di Kampung Tualang dekat Kuala Krai (38.6 m) dan Jambatan Melor di Bachok (10.02 m).

Pada masa sama, tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai yang mencatatkan 24.82 m.

Dua lagi sungai lain ialah Sungai Pergau di Kuala Balah, Jeli (55.16 m) dan Sungai Lanas di Air Lanas dekat Jeli merekodkan bacaan 29.38 m.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading