Kecut perut rumah bergegar, lihat bumbung satu-persatu diterbang ribut
Kecut perut rumah bergegar, lihat bumbung satu-persatu diterbang ribut
KEMAMAN: Seorang wanita kelu tidak berkata sebaik melihat struktur bumbung rumahnya di Kampung Paya Berenjut, dekat sini, satu-persatu terbang dibawa ribut malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam dengan rumah milik Siti Aisyah Hasan, 32, antara 30 kediaman di kampung sama yang dilapor rosak terutama pada bahagian bumbung akibat dibadai ribut terbabit.
Siti Aisyah ketika ditemui berkata, ketika kejadian, dia bersama 10 ahli keluarga sedang berehat dan menonton televisyen sebelum tiba-tiba kediamannya itu bergegar akibat angin kencang yang melanda.
Katanya, kejadian itu menyebabkan hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin.
“Selepas terdengar bunyi kuat itu, saya buka tingkap rumah dan sangat terkejut melihat atap rumah kami berterbangan.
“Ribut serta hujan lebat itu sangat menakutkan dan ia turut menyebabkan beranda rumah kami runtuh,” katanya yang bersyukur semua ahli keluarganya terselamat dalam kejadian itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?
- Zeti tidak pernah ‘masak sup’, hanya ‘hirup sup’.
- Semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib patut dibuat secara langsung.
Selain kediamannya, Siti Aisyah berkata gerai jualan sate di tepi rumahnya rosak dalam kejadian itu, menyebabkannya terpaksa membatalkan tempahan daripada pelanggan.
Seorang lagi penduduk, Abdul Rahim Ibrahim, 28, berkata kejadian ribut sama menyebabkan hampir keseluruhan atap rumahnya diterbangkan angin.
Katanya, ketika kejadian, dia baru sahaja masuk ke bilik tidur dan sewaktu sedang berbaring, ribut tiba-tiba melanda.
“Ribut itu sangat kencang dan tidak sampai lima minit saya dikejutkan bunyi kuat di bahagian bumbung sebelum sebahagian atap kediaman berterbangan.
“Angin kencang juga menyebabkan tingkap rumah pecah dan adik saya hampir terkena serpihan cermin yang pecah itu,” katanya.
Abdul Rahim mengakui, semua perabot dan pakaian dalam rumahnya basah, namun bersyukur tiada kejadian tidak diingini berlaku.
` “Syukur kami selamat dan buat sementara ini, kami terpaksa menumpang di rumah saudara tidak jauh dari sini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, berkata pihaknya sudah mengambil tindakan segera untuk membaiki kerosakan dialami, selain membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara menunggu kerja pembaikan dilakukan.
SPRM Cari Siti Aisyah Siasat Kes Seleweng
Kecut perut rumah bergegar, lihat bumbung satu-persatu diterbang ribut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :