Lelaki lemas ketika bantu nelayan dapatkan semula bot yang hanyut
Lelaki lemas ketika bantu nelayan dapatkan semula bot yang hanyut
KUDAT: Niat baik seorang lelaki membantu seorang nelayan mendapatkan semula bot yang hanyut di Kampung Labuan Sama, di sini, bertukar tragedi apabila dia maut akibat lemas.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa, Jafridin Jawatan, 52, bersama seorang rakan cuba membantu seorang nelayan untuk mendapatkan kembali bot yang hanyut sebelum ia terbalik.
Rakan mangsa yang berusia 53 tahun dan nelayan berusia 37 tahun itu bagaimanapun terselamat tanpa kecederaan serius, namun Jafridin tidak sedarkan diri.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.50 pagi sebelum sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera dikerah ke lokasi untuk membantu.
Mengikut maklumat diterima, katanya, kejadian berpunca apabila seorang lelaki yang sedang menjalankan aktiviti nelayan disedari cuba berenang untuk mengejar bot miliknya yang hanyut.
“Mangsa yang maut dalam kejadian ini dan rakannya pula cuba membantu sebelum bot mereka terbalik dipukul ombak,” katanya melalui kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?
- Zeti tidak pernah ‘masak sup’, hanya ‘hirup sup’.
- Semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib patut dibuat secara langsung.
Ketiga-tiga mangsa kemudian cuba berenang ke tepi pantai sebelum dibantu pasukan bomba menggunakan tali.
“Mangsa (Jafridin) yang tidak sedarkan diri diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba di lokasi sebelum dikejarkan ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia di hospital.” katanya.
Lelaki lemas ketika bantu nelayan dapatkan semula bot yang hanyut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :