Jumlah mangsa banjir dipindahkan 72,332 di lima PPS

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri menurun sedikit kepada 72,332 orang pagi ini, berbanding 72,358 orang malam tadi dengan Kelantan dan Terengganu terus merekodkan peningkatan bilangan mangsa.

Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 8 pagi tadi, sebanyak 443 PPS dibuka di lima negeri untuk menempatkan mangsa banjir.

Daripada jumlah itu, 40889 mangsa dari 11,360 keluarga di Terengganu kini ditempatkan di 298 PPS membabitkan 11360 keluarga.



Sementara itu di Kelantan, sebanyak 138 PPS kini beroperasi untuk menempatkan 31,120 orang mangsa daripada 8922 keluarga termasuk warga emas dan warga OKU selain kanak-kanak dan bayi.

JKM turut melaporkan dua PPS di Perak dan Johor masih beroperasi dengan kurang 60 orang mangsa bagi setiap negeri.

Di Pahang, menunjukkan tiga PPS masih beroperasi di negeri itu dengan merekodkan 221 mangsa daripada 62 keluarga.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading