Mangsa kedua rempuhan konsert London meninggal dunia

LONDON: Mangsa kedua dalam insiden rempuhan konsert muzik di Akademi Brixton, London, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, semalam.

Menurut polis, pengawal keselamatan, Gaby Hutchinson, 23, yang sedang bertugas pada acara itu meninggal dunia di hospital awal pagi semalam.

Beliau adalah seorang daripada tiga mangsa yang cedera parah sebelum persembahan oleh penyanyi Afrobeats Nigeria dan penulis lirik, Asake, pada Khamis lalu.



Polis London berkata, ketika kejadian sebilangan besar penonton cuba meluru masuk ke acara itu.

Pegawai kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), rakaman telefon dan bercakap dengan saksi untuk memahami situasi yang berlaku ketika kejadian.

Sabtu lalu, polis berkata, seorang lagi mangsa, Rebecca Ikumelo, 33, meninggal dunia akibat kecederaan dialami di hospital.



Ketua penguasa Perkhidmatan Polis Metropolitan London, Colin Wingrove, dalam satu kenyataan, semalam berkata ia adalah berita yang mendukacitakan bahawa mangsa kedua meninggal dunia berikutan peristiwa Khamis lalu.

Asake dan Akademi Brixton menerusi ciapan di Twitter masing-masing mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Ikumelo selepas berita kematiannya disiarkan.

Reuters




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading