Terengganu banjir, Menteri Besar hilang?
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Terengganu dikejutkan dengan musibah banjir yang luarbiasa tahun ini. Kebanyakan kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air, telah ditenggalami banjir.
Apa yang menariknya, ketika rakyat Terengganu bergelut dengan musibah banjir, YAB Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dikatakan berada di New Zealand untuk percutian.
Beberapa perkongsian bukti menerusi media sosial menunjukkan Samsuri bercuti di Auckland. Malah, permohonan sewaan kenderaan serta tempahan tiket penerbangan juga dilampirkan bersama.
Samsuri dilaporkan telah terbang ke Auckland, New Zealand pada 11 Disember 2022.
Tidak mungkin bagi seorang pemimpin PAS yang sering melaungkan berjuang untuk rakyat meninggalkan rakyatnya ketika dilanda musibah.
Angka terbaru menerusi media massa menunjukkan mangsa terlibat dengan banjir di Terengganu meningkat ke angka 40,456 dan Menteri Besar Terengganu masih tidak muncul di hadapan rakyat?
PAS yang kini bersama PPBM dalam Perikatan Nasional menggunakan slogan PNBEST tetapi jika inilah cara Menteri Besar Terengganu terhadap rakyat, hanya satu jalan untuk rakyat Terengganu memberi pengajaran kepada mereka.
Kerajaan Pusat dilihat lebih kehadapan bertindak membantu rakyat Terengganu yang berdepan musibah banjir kali ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah mula turun padang ke Terengganu sebaik Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan semalam.
Memalukan sekiranya Menteri Besar PAS, Samsuri Mokhtar masih meneruskan ‘percutian’ beliau di Auckland, New Zealand dikala rakyat Terengganu bersedih.
Hidup PAS, Hidup PNBEST!