Semua agensi diarah pertingkat siap siaga hadapi gelombang baharu banjir

CHUKAI: Semua agensi berkaitan diarah mengoptimumkan kesiapsiagaan masing-masing, termasuk memastikan aset yang mencukupi sebagai persiapan menghadapi gelombang banjir yang seterusnya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi mengelak isu seperti kekurangan bekalan dan pemindahan mangsa yang terjejas ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang berlaku sebelum ini berulang.

Beliau berkata, kejadian banjir luar jangka terutama di negeri Pantai Timur, terutama di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan ketika ini, menyebabkan berlaku isu kekurangan makanan di PPS tertentu dan kekurangan aset untuk logistik.



“Saya tidak dapat menjamin kerana ada permasalahan daripada segi putus hubungan, jalan-jalan yang boleh dilalui tidak dapat dilalui.

“Tetapi semalam di Mesyuarat Jemaah Menteri, saya telah meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, memobilisasikan trak di depoh-depoh bekalan

“(Langkah itu) supaya (ia) dapat digerakkan di kawasan-kawasan yang sedia mengalami banjir dan juga kawasan-kawasan yang dijangka mengalami banjir supaya soal bekalan makanan soal pengangkutan bot umpamanya dan soal kesihatan (dapat diatasi).

“Malah Menteri Pertahanan akan turun esok di sini (Terengganu)untuk mengkoordinasidan memantaukan pemindahan aset-aset itu di kawasan banjir,” katanya.



Beliau berkata demikiankepada pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Bukit Mentok, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, berkata kesiapsiagaan di peringkat optimum, dilakukan dengan mengkoordinasi semua jabatan, agensi dan badan bukan kerajaan.

Beliau turut menasihatkan penduduk untuk sentiasa peka dengan keadaan cuaca serta amaran daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan berpindah segera sekiranya banjir melanda

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading