Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres

Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres

Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres
Anggota bomba berusaha mengeluarkan pemandu van yang tersepit selepas terbabit kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Gua Musang. – Foto ihsan PDRM

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan bas ekspres di Kilometer (KM) 24 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam.

Mangsa yang maut adalah pemandu van, Mhd Rizuan Ishak, 43, yang tersepit dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu turut menyebabkan seorang kanak-kanak, Muhamad Ihtisyam Muazam ShahIdris, 11, yang juga penumpang bas ekspres patah tulang pipi pada sebelah kanan dan kini dirawat di Hospital Gua Musang.



Baki 32 yang lain iaitu 31 penumpang dan seorang pemandu bas selamat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku apabila van dipandu Mhd Ridzuan dari Gua Musang menghala Kuala Krai dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres dari Klang menuju Kubang Kerian.

“Bas ekspres cuba mengelak, namun jarak van yang membawa muatan barang elektronik itu terlalu dekat menyebabkan kedua-duanya bertembung dan terbabas ke laluan sebelah kanan jalan menghala Kuala Krai.

Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres
Keadaan van yang remuk selepas terbabit kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Gua Musang. – Foto ihsan PDRM

“Pemandu van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.



“Seorang penumpang bas mengalami kecederaan patah tulang pipi sebelah kanan dan mendapat rawatan susulan di hospital yang sama.

“Ketika kejadian permukaan jalan basah dan cuaca hujan renyai-renyai,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

4 maut, lebih 40 cedera dalam nahas bas di utara Thailand



 

 

Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button