Kereta terjunam dalam pusat beli-belah

Kereta terjunam dalam pusat beli-belah

Kereta terjunam dalam pusat beli-belah
Anggota bomba menjalankan pemeriksaan ke atas kereta Toyota Vios yang terjunam. NSTP/Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Dua individu cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu melanggar tembok di tingkat tiga sebelum terjunam ke tingkat dua di sebuah kompleks beli-belah di Asia City, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun dan wanita berusia 30 tahun yang cedera ringan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 10.56 pagi.



“Laporan terdapat sebuah kereta Toyota Vios terbabas di tingkat tiga tempat letak kereta lalu melanggar tembok dan terjunam ke tingkat dua.

“Dua mangsa terbabit keluar sendiri dari kereta berkenaan dan cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan operasi tamat pada jam 11.59 pagi.

Kereta terjunam dalam pusat beli-belah
Keadaan kereta Toyota Vios yang terjunam di sebuah kompleks beli belah, Kota Kinabalu, pagi tadi. NSTP/Ihsan Bomba

Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara



Kereta terjunam dalam pusat beli-belah

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button