MBSA sedia 10 pengecas EV percuma

MBSA sedia 10 pengecas EV percuma

MBSA sedia 10 pengecas EV percuma
HASBI (tengah) bersama Dr Nor Fuad (kanan) melihat pameran sistem lampu isyarat pada Perasmian Persidangan Antarabangsa Eastern Asia Society For Transportation Studies (EASTS) Ke-15 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.

Shah Alam: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan kira-kira 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) secara percuma di beberapa lokasi di bawah kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, setakat ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid berkata, setakat ini, MBSA menyediakan pengecas EV di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (masjid negeri), Wisma MBSA juga pejabat cawangan MBSA.

“Setakat ini, MBSA sudah ada 10 pengecas EV dengan kerjasama Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) dahulu.



“Sekarang sudah banyak syarikat swasta berminat untuk bekerjasama dengan MBSA bagi membina pengecas EV.

“Kita sedang selaraskan dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sebab garis panduannya baru dilancarkan, juga (dengan) Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST), sebab dari segi teknikal semua ST yang endorse.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dulu Mahathir tunggang DAP, hari ini Mahathir tunggang PAS




“Sekarang kita menunggu garis panduan itu, juga Kementerian Pengangkutan serta ST,” katanya dalam sidang media selepas Persidangan Antarabangsa Eastern Asia Society For Transportation Studies (EASTS) Ke-15 di sini, semalam.

Pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbollah.

Mengulas lanjut Nor Fuad berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti lokasi bersesuaian mengikut keperluan dan permintaan.

“Di peringkat kita (MBSA), kita akan tengok kesesuaian lokasi, ruang, struktur. Itu kita sedang selaras di peringkat majlis, kemudian kita akan guna garis panduannya yang disediakan oleh PLANMalaysia.



“Antara lokasi sasaran untuk pemasangan pengesas EV adalah pusat bandar, pusat beli-belah, juga di kawasan pusat komersial,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?


Dari segi pemilihan kawasan bagi pemasangan pengecas khususnya di tempat letak kereta awam, Fuad berkata, kajian terperinci juga mengikut kesesuaian dan permintaan supaya ia dapat menampung jumlah kenderaan di sesebuah kawasan.



“Kita perlu melihat sama ada ruangan berkenaan boleh menampung kawasan parkir sedia ada sebab kita bimbang, kalau buat untuk pengesas EV…tidak cukup ruang pula parkir biasa,” katanya ketika ditemui.

Julai lalu, Kerajaan Selangor merancang menyediakan kira-kira 1,000 pengecas EV di kawasan di 12 PBT di negeri ini menjelang akhir tahun ini. Ia terutamanya di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang. Kajang dan Ampang Jaya.

MBSA sedia 10 pengecas EV percuma


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button