Perlukah Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Di Pertandingkan?

Perlukah Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Di Pertandingkan?

Perlukah Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Di Pertandingkan?

Menurut Perlembagaan UMNO Fasal 10.16.1, pemilihan parti hendaklah dilakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pilihanraya.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/981905/ros-lulus-pindaan-perlembagaan-umno-boleh-buat-pemilihan-selepas

Ini bermakna UMNO mesti membuat pemilihan parti selewat-lewatnya pada bulan May 2023.

Timbul persoalan sekarang, adakah perlu dibuat pemilihan untuk 2 jawatan tertinggi UMNO, presiden dan timbalan presiden.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, keputusan untuk kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan masih belum muktamad.



MKT UMNO akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat keputusan mengenai perkara itu pada malam 12 Januari 2023.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/26/belum-ada-keputusan-pertanding-atau-tidak-jawatan-tertinggi-umno-kata-ahmad-maslan/

Beberapa pihak di dalam UMNO menyarankan supaya untuk kali ini jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.



Ada rasionalnya saranan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan kali ini.

Realitinya, di dalam UMNO masih lagi terdapat pengkhianat UMNO yang cuba untuk mengambil alih kepimpinan tertinggi UMNO.

Percaturan mereka jelas, sekiranya berjaya, UMNO/BN akan di bawa keluar dari Kerajaan Perpaduan yang memerintah sekarang.

UMNO/BN akan beralih sokongan kepada Perikatan Nasional untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan yang baharu.



Ini akan membolehkan Perikatan Nasional mempunyai 104 ahli parlimen dan dengan penambahan 6 ahli parlimen dari GRS dan 1 dari PBM dan 2 Bebas, PN akan mempunyai 113 ahli parlimen.

Ianya sudah cukup untuk PN membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Namun, apakah kerajaan yang terbentuk nanti akan menjadi sebuah kerajaan yang stabil?

Sudah pasti tidak, kerana kerajaan yang hanya mempunyai kelebihan 2 majoriti boleh tumbang pada bila-bila masa.



Dan sekali lagi, negara akan menghadapi krisis politik apabila tumpuan pemimpin politik hanyalah untuk memastikan kedudukan mereka terjamin.

Mereka tidak akan mempunyai masa untuk memikirkan masalah rakyat dan negara.

Politik Bersifat Dinamik

Benar, sekiranya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, akan kedengaran suara yang menuduh UMNO sudah tidak demokratik.

DS Zahid sedang membawa UMNO ke arah pemerintahan diktator.



Untuk rekod, jawatan presiden telah tidak dipertandingkan sejak era Dr Mahathir menjadi presiden UMNO.

Dalam artikata lain, UMNO sudah mempunyai ‘precedent’ dalam isu itu.

Ketika DS Zahid menjadi pemangku presiden UMNO, beliaulah yang membuat keputusan supaya jawatan itu dipertandingkan.

Namun jangan lupa, politik itu bersifat dinamik dan demi kebaikan semua pihak, tidak ada salahnya kita mengubah keputusan yang lepas.

Jadi, biarkan mereka bersorak dengan pelbagai tuduhan terhadap UMNO, yang paling penting adalah parti mesti diperkukuhkan supaya dapat bangkit semula.

Jangan dilayan suara sumbang mereka, kerana kita tidak mahu nanti ibarat menang sorak tetapi kampung tergadai.

Suara sumbang itu hanyalah ibarat mudarat kecil kepada UMNO, tetapi sekiranya Kerajaan Perpaduan tumbang, ianya adalah mudarat besar bukan sahaja kepada UMNO, tetapi juga negara.

Berbalik kepada persoalan, perlukah diadakan pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden, jawapannya, TIDAK!!!

 

Perlukah Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Di Pertandingkan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button