Banyak negara mula kuatkuasa peraturan sekat pelancong China
Banyak negara mula kuatkuasa peraturan sekat pelancong China
NEW YORK: Washington akan melaksanakan peraturan Covid-19 baharu kepada semua pengembara dari China yang ingin memasuki negara ini ekoran kebimbangan mengenai ‘kekurangan data yang telus’.
Langkah itu dibuat selepas Jepun, India dan Malaysia mengumumkan peraturan ketat terhadap pengunjung dari China, susulan lonjakan jangkitan virus tersebut.
“Terdapat kebimbangan besar dalam komuniti antarabangsa mengenai perkembangan kes Covid-19 di China serta kekurangan data yang telus termasuk data penjujukan genom yang dilaporkan dari PRC,” kata pegawai di Washington.
Beberapa hospital dan rumah pengebumian di China sesak dengan lambakan pesakit selepas wabak mula merebak kembali di negara yang menempatkan 1.4 bilion penduduk.
Statistik rasmi pula hanya melaporkan satu kes kematian akibat Covid-19 dalam tempoh tujuh hari lalu, sekali gus menimbulkan keraguan dalam kalangan pakar kesihatan mengenai data yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada Selasa memaklumkan negara itu akan mengetatkan semula kawalan sempadan terhadap pengembara dari China susulan peningkatan bilangan kes harian Covid-19.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kalah Dalam PRU 15 Tapi Pemilihan UMNO Menjadi Perhatian
- Kepentingan Telekom Di Menara KL Di Jual Murah Kepada Syarikat Bermasalah, Kroni Siapa?
- Pemilihan UMNO : Siapa calon proksi Muhyiddin dan Mahathir?
Bermula Jumaat ini, Jepun mewajibkan semua pengunjung dari China dan individu yang sudah mengunjungi China dalam tempoh tujuh hari lalu, menjalani ujian calitan Covid-19 sejurus ketibaan.
Individu yang disahkan positif perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari, manakala, yang mempunyai gejala asimtomatik perlu dikuarantin lima hari.
Bagi memastikan ketelusan ujian calitan dan pengesanan jangkitan, pihak kerajaan akan menguatkuasakan peraturan ketibaan dan pelepasan penumpang dari China, Hong Kong dan Macau hanya melalui empat lapangan terbang sahaja iaitu di Narita, Haneda, Kansai dan Chubu.
Kerajaan juga meminta pengendali syarikat kapal terbang supaya tidak menambah jumlah penerbangan bagi laluan tersebut.
Langkah tersebut diambil sehari selepas Kerajaan China mengumumkan pembukaan semula pintu sempadan bermula 8 Januari nanti serta memansuhkan peraturan kuarantin bagi membendung jangkitan virus Covid-19.
Menurut Kishida, langkah sementara itu bertujuan mengelakkan penghidap virus ‘menyebarkan jangkitan’ ke Jepun.
“Kerajaan juga akan mengambil pendekatan yang fleksibel sambil mempertimbangkan situasi jangkitan di China.
“Kita juga mengambil langkah waspada untuk tidak menghentikan aliran masuk pengunjung antarabangsa,” katanya.-REUTERS
Afghanistan kuatkuasa undang-undang syariah
Banyak negara mula kuatkuasa peraturan sekat pelancong China
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahril Hamdan Cadang UMNO Tubuh Unit Penyelidikan
- BN akan jadi ‘tawanan perang’ jika bersama PN
- Pemilihan Umno, Anwar sokong siapa?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat