Daddyhood Hadiahkan Qistina Raisah 7 Jersi Original
“Saya Perempuan, Tak Pernah Beli - Pakai Yang Tiruan”
DD nDa
Daddyhood Hadiahkan Qistina Raisah 7 Jersi Original
Gara-gara membeli jersi tiruan, pelakon remaja, Qistina Raisah ditegur pemilik jenama pakaian lokal yang juga pempengaruh terkenal Nureddy Nursal atau lebih mesra disapa Daddyhood.
Lantaran itu, Qistina tampil memuat naik sebuah video di Tik Tok bagi menjelaskan mengenai perkara tersebut.
Jelas Qistina, ini merupakan kali pertama dia membeli baju jenis jersi dan dia terlalu teruja kerana ia turut menampilkan kolaborasi bersama band kesukaannya, Masdo.
“Daddy, saya bukannya tak nak beli yang original. Masalahnya ini pertama kali saya beli jersi. Saya sumpah tak tahu.
“Saya kurang berminat sebenarnya dengan jersi-jersi ni tapi bila saya nampak jersi terbaru kolaborasi dengan Masdo ni, saya jadi suka pula sebab cantik.
“Kemudian lalu pula iklan baju tersebut di fyp saya dan harganya murah. Saya tak tahu harga sebenarnya berapa dan saya beli je terus,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kalah Dalam PRU 15 Tapi Pemilihan UMNO Menjadi Perhatian
- Kepentingan Telekom Di Menara KL Di Jual Murah Kepada Syarikat Bermasalah, Kroni Siapa?
- Pemilihan UMNO : Siapa calon proksi Muhyiddin dan Mahathir?
Jelas pelakon drama Keluarga Instafamous itu lagi, dia juga amat mengalu-alukan sekiranya Daddyhood mahu menghadiahkannya baju tersebut
“Tapi kalau Daddy nak kasi pun boleh sahaja. Saya pun peminat Masdo dan Daddyhood.
“Lagipun saya ni perempuan dan tak pernah beli barang-barang macam ni. Tak pun nanti saya beli yang original,” kongsinya lagi.
Tidak lama selepas itu, menerusi sebuah lagi video di Tik Tok, Qistina memaklumkan dirinya telah menerima pakej daripada Daddyhood yang menghadiahkannya hampir tujuh helai baju jenama keluarannya itu.
Jelasnya lagi, dia sememangnya amat teruja dengan pemberian tersebut.
“Saya salah beli satu je tapi saya dapat banyak.Dan Saya nak cakap terima kasih banyak-banyak kepada Daddyhood.
“Saya tersalah beli dan yakin je pakai. Lepas tu buat video pula pakai baju bukan original. Dia siap bagi lebih lagi. Ini bukan marketing. Ini betul-betul dari Daddyhood sendiri,” ujarnya.
Sehingga kini video yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok itu telah pun meraih lebih 500,000 jumlah tontonan dan dihujani ribuan komen.
Sekadar informasi, Daddyhood ialah pempengaruh yang aktif memartabatkan industri e-sukan tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
Daddyhood Hadiahkan Qistina Raisah 7 Jersi Original
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahril Hamdan Cadang UMNO Tubuh Unit Penyelidikan
- BN akan jadi ‘tawanan perang’ jika bersama PN
- Pemilihan Umno, Anwar sokong siapa?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat