EU tidak mahu sekat kemasukan pengembara China

EU tidak mahu sekat kemasukan pengembara China

EU tidak mahu sekat kemasukan pengembara China
PENGEMBARA dari China tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Rom-Fiumicino, berhampiran Rom, Itali. – AFP

ROM: Itali menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengikuti tindakannya yang akan mewajibkan semua pengembara dari China melakukan ujian saringan Covid-19, namun ditolak blok tersebut.

Barisan pegawai kesihatan EU menerusi satu mesyuarat menyatakan tiada keperluan untuk blok tersebut mengenakan sekatan atau mewajibkan ujian Covid-19 kepada pengembara dari China buat ketika ini.

Namun, mereka bersetuju untuk berbincang lebih lanjut mengenai isu berkenaan dalam masa terdekat.



Penularan Covid-19 yang disifatkan tidak terkawal di China, selain pihak berkuasa negara itu enggan lagi mendedahkan jumlah kes harian menyebabkan banyak negara di seluruh dunia berasa bimbang.

Hal itu diikuti kebenaran yang diberikan oleh kerajaan China terhadap rakyatnya untuk bercuti ke luar negara selepas disekat selama tiga tahun.

Antara negara yang menzahirkan kebimbangan termasuk India, Jepun, Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Di EU, hanya Itali yang bersetuju untuk mewajibkan semua pengembara dari China melakukan ujian Covid-19 sebelum memasuki negara ini.



Lapangan terbang utama di Milan sudah pun mula melakukan ujian Covid-19 terhadap pengembara dari China pada 26 Disember lalu dan mendapati hampir separuh daripadanya positif koronavirus.

Ketua penilaian kesihatan Perancis, Brigitte Autran berkata, dari segi saintifik, tiada keperluan untuk melaksanakan semula kawalan di peringkat sempadan.

Katanya, tiada tanda gelombang Covid-19 akan mencetuskan varian baharu.

Perkara itu juga dipersetujui oleh Jerman dan Portugal, selain Austria menekankan kepentingan faedah ekonomi menerusi kedatangan pelancong China ke Eropah. – REUTERS



Covid-19: Singapura tidak ubah peraturan kepada pengembara dari China

EU tidak mahu sekat kemasukan pengembara China

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading