Jenazah pelancong Malaysia lemas di Bali tiba di tanah air

Jenazah pelancong Malaysia lemas di Bali tiba di tanah air

Jenazah pelancong Malaysia lemas di Bali tiba di tanah air
CANSERI Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia. – Foto ihsan Wisma Putra

PUTRAJAYA: Kementerian Luar memaklumkan jenazah seorang pelancong warga Malaysia yang lemas di Bali, Indonesia selamat tiba di tanah air lewat semalam.

Jenazah itu dibawa pulang menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH852 dari Lapangan Terbang Antarabanga Ngurah Rai, Denpasar pada pukul 7.15 malam tadi.

“Ia kemudiannya selamat tiba di terminal utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pukul 10.15 malam semalam,” kata kenyataan Wisma Putra di sini.



Mangsa dilaporkan hilang pada pukul 2.50 petang 27 Disember lepas ketika cuba mahu menyelamatkan dua orang pelancong warga asing yang hampir lemas di pantai Bali.

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku apabila mangsa berkenaan didapati dibawa hanyut arus ombak kuat laut pulau peranginan popular antarabangsa tersebut.

Wisma Putra menerusi pihak Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota Jakarta bertindak memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi memudahcara pengurusan jenazah.

Langkah itu termasuklah proses penyelarasan dengan pihak berkuasa tempatan di Bali untuk membolehkan jenazah mangsa tersebut dapat dihantar pulang dengan segera.



“Pihak kementerian ini turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap agar pihak keluarga tabah mengharungi masa sukar itu,” jelas Wisma Putra. – UTUSAN

Seks luar nikah ditetapkan jenayah, pelancong asing ‘takut’ ke Indonesia

Jenazah pelancong Malaysia lemas di Bali tiba di tanah air

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button