Kes bunuh penganggur: Lelaki direman hingga Sabtu

Kes bunuh penganggur: Lelaki direman hingga Sabtu
Gambar hiasan

Kes bunuh penganggur: Lelaki direman hingga SabtuIPOH: Seorang lelaki yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penganggur dalam status orang pengawasan polis di Taman Klebang Putra, Chemor, di sini, Jumaat lalu, direman hingga Sabtu depan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata perintah reman bermula hari ini terhadap suspek berusia 27 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret, di sini.

“Permohonan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Media sebelum melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa berusia 37 tahun dijumpai mati di hadapan rumahnya, dan hasil pemeriksaan awal menemui kesan kecederaan pada beberapa anggota badan lelaki itu.



Polis pada awalnya tidak menolak kemungkinan lelaki itu menjadi mangsa kemalangan.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dijalankan oleh Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pelbagai akibat objek tumpul, justeru ia diklasifikasikan sebagai kes bunuh. – BERNAMA

Penganggur ditahan hina polis di TikTok



Kes bunuh penganggur: Lelaki direman hingga Sabtu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button