MAVA gantung jurulatih tampar pemain

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) mengambil tindakan tegas apabila menggantung sementara jurulatih pasukan Melaka Bawah 14 Tahun (B14) wanita yang tular kerana menampar dua pemainnya.

MAVA dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat insiden itu segera.

“Buat masa ini jurulatih itu digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.



“Mava sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekerasan ke atas mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas tindakan seorang jurulatih yang dirakam menampar pemainnya ketika perlawanan.

Klip video tular di media sosial itu menunjukkan jurulatih terbabit menampar dua pemainnya ketika Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.

Hannah berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan mereka sedang mengumpul lebih banyak maklumat berhubung insiden itu.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button