From Surabaya With Love

From Surabaya With Love

Mantan ahli MKT UMNO, Lokman Adam mendedahkan satu rombongan Ketua Cawangan UMNO ke Surabaya, Indonesia telah ditaja oleh Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Johor, Dr Adham Baba.

Dr Adham Baba juga merupakan mantan ahli parlimen Tenggara dan mantan Menteri Kesihatan dan Mantan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi.



Difahamkan, semasa dalam sesi rombongan tersebut, Dr Adham Baba telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tenggara dalam pemilihan parti.

Dalam masa yang sama, Dr Adham Baba telah meminta kepada semua ketua cawangan UMNO tersebut supaya menyokong Hishamuddin Hussien sebagai presiden UMNO.

Apakah ini boleh dikategorikan sebagai rasuah politik ketika menjelang pemilihan UMNO yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2023?

Sekiranya ini adalah rasuah politik, maka Biro Displin UMNO mesti mengambil tindakan tegas terhadap Dr Adham Baba.



UMNO mesti membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO serius dalam menangani sebarang unsur rasuah politik.

Perbuatan keji yang telah menghakis sokongan orang Melayu terhadap UMNO.

Namun begitu, mungkin ada kemungkinan ianya bukan rasuah politik.

Mungkin Dr Adham Baba secara bermurah hati membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk menghargai jasa ketua cawangan.



Jasa kerana memastikan kekalahan calon UMNO di parlimen tersebut.

Mengenai gesaan beliau supaya semua ketua cawangan yang sudah mendapat laba supaya menyokong Hishamuddin sebagai presiden UMNO, mungkin beliau hanya terlepas cakap.

Terlepas cakap adalah perbuatan tidak sengaja dan perbuatan tidak sengaja tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan.

Cuma satu pesanan penulis kepada politikus UMNO seperti Dr Adham baba dan Hishamuddin.



Kalau hendak bertanding, bertandinglah dengan cara yang bermaruah, bukan dengan cara rasuah.

Berubahlah dan sedarlah, sesungguhnya rakyat sudah menyampah!!!

 

From Surabaya With Love

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button