Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?

Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?

Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?

Kita pernah dikejutkan dengan kenyataan Peguam Negara, Idrus Harun, bahawa kertas siasatan yang telah diserahkan oleh SPRM tidak ada di Jabatan Peguam Negara.

Walau pun sebelum itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, membuat kenyataan media bahawa SPRM sudah melengkapkan siasatan dan menyerahkannya kepada Peguam Negara.

Namun begitu, selepas Idrus mendakwa kertas siasatan mengenai Nazlan tidak berada bersama mereka, Azam Baki dilihat telah menukar kenyataan.

Azam Baki mengakui kertas siasatan Nazlan sudah dipulangkan oleh Jab Peguam Negara untuk dibuat beberapa penambahbaikan.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/berita/2022/09/sprm-sudah-selesaikan-kertas-siasatan-hakim-nazlan/

Dalam kes Tommy Thomas pula, pihak PDRM pada awalnya membuat kenyataan bahawa mereka telah melengkapkan siasatan.

Dari siasatan PDRM, mereka mendapati terdapat prima facie untuk mendakwa Tommy Thomas di mahkamah.

PDRM juga mendakwa telah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

Namun begitu, tidak lama selepas itu, PDRM memaklumkan Jabatan Peguam Negara sudah memulangkan kertas siasatan untuk penambahbaikan.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1017782/pdrm-diarah-lengkapkan-kertas-siasatan-buku-tommy-thomas

Penulis akui, kertas siasatan yang telah lengkap untuk pertimbangan pendakwaan oleh Jab Peguam Negara tetapi dikembalikan semula adalah perkara biasa.

Namun, apabila Jab Peguam Negara membisu seribu bahasa apabila kertas siasatan dibuat penambahbaikan, ianya adalah perkara yang luarbiasa.

Persoalannya, tempoh kedua-dua kertas siasatan yang dikembalikan oleh Jab Peguam Negara itu sudah menjangkau lebih dari 2 bulan.

Rakyat mahu tahu, apakah status siasatan tersebut?

Dunia juga mahu tahu, apa sebenarnya yang telah berlaku, apakah benar ada campurtangan politik dalam institusi penting dan badan kehakiman negara?

Peguam Negara mesti ingat, Nazlan dan Tommy Thomas disiasat atas dakwaan pelanggaran perlembagaan yang serius berkaitan dengan sistem keadilan di Malaysia.

Isu sebesar ini tidak boleh disembunyikan di bawah karpet begitu sahaja.

Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi, Azalina Othman Said, dituntut untuk membongkarkan kebenaran yang selama ini dinafikan oleh tangan-tangan ghaib.

 

Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker