Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN
Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat 2 varian baharu Covid-19, (BA.5.2 dan BF.7) telah dikesan di Malaysia.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/650108
Di negara China dilaporkan, jangkitan kedua-dua varian baharu tersebut telah mencecah ke angka 1 juta jangkitan sehari.
Baca di sini:
Manakala di Itali pula, separuh dari pelancung dari China telah dikesan positif Covid-19 oleh kerajaan Itali.
Baca di sini:
Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata ada kewajaran untuk kerajaan menyekat sepenuhnya pelancung dari China buat sementara waktu.
Menurut beliau, ini adalah untuk mengelakkan dari kerajaan melakukan kesilapan yang sama pada tahun 2020.
Baca di sini:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/01/921163/jika-boleh-sekat-dahulu-kemasukan-pelancong-china
Kita imbas kembali apa yang berlaku ketika itu di era Kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.
Di peringkat awal jangkitan Covid-19 dikesan di Malaysia, ketika negara lain menutup pintu masuk mereka kepada warga China, Kerajaan PH mengambil langkah sebaliknya.
Pelancung China dibenarkan masuk dengan jaminan kerajaan ketika itu akan melaksanakan langkah yang ketat untuk memastikan kesemua mereka bebas dari Covid-19.
Malah Menteri Pelancungan ketika itu, Mohamaddin Ketapi, memberikan arahan supaya tiada sekatan dibuat ke atas pelancung ke negara ini.
Baca di sini:
Akibatnya, wabak Covid-19 tidak dapat dikawal dan negara mengalami jangkitan sehingga 5 digit kes baharu Covid-19.
Baca di sini:
Kerajaan Perikatan Nasional memburukkan keadaan apabila melaksanakan PKP separa matang.
Akibatnya, negara mengambil masa yang lebih lama berbanding negara lain untuk mengawal Covid-19.
Ekonomi negara hancur, puluhan ribu rakyat kehilangan punca pendapatan, malahan puluhan ribu industri IKS terpaksa gulung tikar.
Keadaan Negara Berbeza Berbanding Tahun 2018
Yang menyelamatkan negara ketika itu adalah kerana semasa PH mengambil alih kerajaan, keadaan ekonomi negara berada dalam keadaa baik.
Kerajaan PH mewarisi dana dan khazanah hingga bertrilion ringgit dari Kerajaan BN yang memerintah negara sebelum PRU 14.
Kini, Covid-19 dijangka akan mewujudkan gelombang pandemik kedua di seluruh dunia.
Sekiranya gelombang pandemik Covid-19 melanda negara buat kali kedua, kerajaan tidak boleh melakukan kesilapan yang sama lagi.
Keadaan negara kini sudah jauh berbeza dari tahun 2018.
Ekonomi negara berada dalam keadaan tenat dan hutang luar negara sudah mencecah RM1.3 trilion.
Sekiranya kerajaan melakukan kesilapan pada kali ini, negara akan berhadapan dengan risiko bankrap.
Sebaik-baiknya kerajaan mendengar nasihat dari pakar supaya menyekat kemasukan pelancung China buat sementara waktu.
Benar, negara akan kehilangan pendapatan dari sektor pelancungan, tetapi ianya bersifat sementara.
Jangan sampai kita untung secupak, tetapi rugi segantang, jangan ulangi kesilapan yang sama untuk kali kedua.
Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN
Di Syorkan Untuk Anda:
- Sabotaj Dalaman Punca Sebenar Kekalahan UMNO Dalam PRU 15
- Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat
- Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?