Kluster Pengkhianat Lancarkan Kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap

Kluster Pengkhianat Lancarkan Kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap

Kluster Pengkhianat Lancarkan Kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap

Kluster pengkhianat UMNO masih lagi memasang angan-angan untuk mengambil alih kepimpinan UMNO di peringkat pusat.

Lidah kepada kluster tersebut, portal Suara.Tv, melaporkan kononnya sudah ada lebih 100 Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara yang menyertai kempen tersebut.



Baca di sini:

https://suara.tv/03/01/2023/100-ketua-umno-bahagian-lancar-kempen-asal-bukan-zahid-secara-senyap/

Apa yang menarik perhatian penulis adalah, sekiranya benar sudah ada 100 Ketua UMNO Bahagian menyertai kempen itu, mengapa masih lagi dilakukan secara senyap.

Bukankah UMNO cuma ada 191 Bahagian di seluruh negara.



Bilangan yang didakwa sudah melebihi dari majoriti suara bahagian UMNO di seluruh Malaysia.

Mengapa tidak dilakukan secara terbuka supaya dapat mempengaruhi Ketua UMNO Bahagian yang masih setia kepada presiden UMNO, DS Zahid Hamidi?

Bukankah ini boleh memperkukuhkan lagi kedudukan mereka?

Namun penulis percaya angka 100 yang diberikan itu hanyalah ilusi portal Suara.Tv yang menjadi lidah kepada kluster tersebut.



Atau dalam bahasa yang lebih sopan, ianya sekadar propa dari Kiah Propa.

Mereka sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri dan sumber dalaman memaklumkan, ianya berdasar kepada keputusan PRU 15.

Benar, dalam PRU 15, kita semua tahu, ramai Ketua UMNO Bahagian yang melakukan sabotaj dalaman terhadap calon UMNO/BN.

Tetapi jangan lupa, kedudukan DS Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, telah merubah sokongan Ketua UMNO Bahagian yang oportunis itu.



Senarai Pencapaian DS Zahid Dan ‘Pencapaian’ Hishamuddin

Kepada perwakilan UMNO yang akan memilih, gunakan rasional akal berdasarkan kepada fakta pencapaian pemimpin.

Berikut perbezaan rekod pencapaian antara DS Zahid dan calon presiden kluster pengkhianat, Hishamuddin Hussien.

DS Zahid :

  • Berjaya menyelamatkan UMNO dari diharamkan oleh Dr Mahathir dan Muhyiddin
  • Berjaya memimpin UMNO memenangi 7 PRK
  • Memimpin UMNO memenangi 2 PRN
  • Sanggup menghadapi 87 pertuduhan bermotifkan politik hanya kerana mahu selamatkan UMNO
  • Menumbangkan 2 perdana menteri yang mahu membunuh UMNO

Hishamuddin Hussien :



  • Kejayaan paling gemilang adalah melumpuhkan UMNO Sabah
  • Menghasut ahli parlimen UMNO melompat ke PPBM usai PRU 14 untuk berikan kekuatan kepada parti yang mahu membunuh UMNO
  • Usai PRU 15, berjaya menghasut’ 10 ahli parlimen BN supaya menandatangani SD menyokong PN dengan membelakangkan parti
  • Menipu GPS supaya menyokong PN dengan mendakwa BN sudah bersetuju menyokong PN untuk bentuk kerajaan selepas PRU 15
  • Paling ‘win’ takut bertanding jawatan Timb Presiden UMNO walau pun ketika itu memangku jawatan Timb Presiden UMNO dalam pemilihan 2018

Jadi, perwakilan UMNO yang akan memilih dalam pemilihan parti yang akan datang buatlah pilihan yang betul.

Mahu menyerahkan UMNO kepada pemimpin yang akan membuat UMNO melutut kepada musuh yang mahu membunuh UMNO.

Atau mahu terus memperkasakan UMNO dengan mengekalkan kepimpinan yang sedia ada.

 



Kluster Pengkhianat Lancarkan Kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button