Banjir di Libya: Mangsa dihanyut ke laut, mayat terdampar di pantai

Banjir di Libya: Mangsa dihanyut ke laut, mayat terdampar di pantai

Banjir di Libya: Mangsa dihanyut ke laut, mayat terdampar di pantai
Banjir di Libya: Mangsa dihanyut ke laut, mayat terdampar di pantai

Tripoli: Angka kematian akibat banjir dahsyat yang melanda timur Libya meningkat kepada 5,500 orang, manakala 7,000 lagi cedera, lapor Bernama yang memetik agensi berita Xinhua.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan yang berpangkalan di Tripoli, Osama Ali berkata, jumlah sebenar belum dapat ditentukan kerana masih ada lagi mayat ditemukan dari kawasan terjejas.

Beliau berkata, kira-kira 10,000 orang dilaporkan hilang, manakala 30,000 lagi hilang tempat tinggal akibat banjir.



Kawasan terjejas banjir kini berdepan kekurangan bekalan asas yang teruk, tambahnya.

Pada Ahad, ribut Mediterranean mendarat di timur Libya, mencetuskan banjir dan menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur di sepanjang laluannya.


Dua empangan di bahagian hulu turut pecah apabila hujan lebat yang dibawa oleh Ribut Daniel membadai wilayah itu.

Rakaman disiarkan oleh media kerajaan pula menunjukkan kemusnahan di Derna, selepas banjir kilat itu.

Orang ramai kelihatan mengangkat cadar untuk menyelimuti mayat di kaki lima, dan mereka cuba mengenal pasti identiti mangsa.



Imej satelit pula menunjukkan hampir keseluruhan kawasan kejiranan berhampiran pantai, dilanda banjir.

Ketika kejadian, air secara deras memasuki bangunan dan kenderaan. Ramai mangsa dihanyutkan ke laut, dengan mayat mereka kemudiannya terdampar di pantai.

Serpihan dan bangkai kereta turut kelihatan.

Mangsa yang terselamat berusaha menggali runtuhan bangunan yang berlumpur untuk mencari mayat.



Puluhan jasad yang ditemukan itu dibaringkan di tempat terbuka sebelum dikebumikan di kubur besar.

AFP melaporkan mangsa maut termasuk sekurang-kurangnya 400 warga asing, kebanyakannya dari Sudan dan Mesir.

Banjir di Libya: Mangsa dihanyut ke laut, mayat terdampar di pantai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button