Makin Kuat RPK Meroyan, Tuduh UMNO Sengaja Kalah PRU 15 Untuk Gulingkan Ismail Sabri
Makin Kuat RPK Meroyan, Tuduh UMNO Sengaja Kalah PRU 15 Untuk Gulingkan Ismail Sabri
Sangat pelik spin yang cuba dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) pada kali ini.
RPK dakwa UMNO secara sengaja mahu kalah dalam PRU 15.
Alasan yang diberikan oleh RPK, tujuan UMNO berbuat begitu kerana mahu menjatuhkan Ismail Sabri dari kerusi perdana menteri…😂😂😂
Hujah kepada alasan RPK ialah kerana kononnya Ismail Sabri semasa menjadi perdana menteri tidak mahu campurtangan dalam urusan mahkamah.
Sudah tentu yang dimaksudkan RPK ialah kes yang membabitkan presiden UMNO, DS Zahid dan mantan presiden UMNO, DS Najib.
Penulis merasa cukup hairan, bagaimana seorang blogger @ youtuber yang mendakwa dirinya sudah berpuluh tahun berada dalam dunia politik boleh berkata begitu.
Untuk pengetahuan RPK, sekiranya benar UMNO mahu menggulingkan Ismail Sabri dari kerusi perdana menteri, tidak perlu buat perancangan kalah dalam PRU 15.
Sekiranya UMNO menang besar dalam PRU 15 dan berjaya membentuk kerajaan secara solo, lebih mudah untuk UMNO menggulingkan Ismail Sabri.
Yang akan menghantar nama calon perdana menteri kepada YDP Agong adalah presiden parti, DS Zahid Hamidi.
Sekiranya memang benar beliau tidak mahu Ismail Sabri menjadi perdana menteri selepas PRU 15, sudah pasti nama Ismail Sabri tidak ada dalam senarai.
Lebih melucukan, penulis tidak tahu bagaimana RPK boleh mendapat idea untuk membuat tuduhan sebegitu.
Belum pernah terjadi dalam sejarah politik dunia, setelah membelanjakan dana yang besar, matlamat untuk memasuki pilihanraya adalah untuk kalah besar…😜😜😜
Tapi penulis bersangka baik pada RPK, mungkin beliau baru lepas kena ‘screw’ dengan ‘pay master’ beliau yang kini khabarnya berada di London…🤣🤣🤣
Makin Kuat RPK Meroyan, Tuduh UMNO Sengaja Kalah PRU 15 Untuk Gulingkan Ismail Sabri
Di Syorkan Untuk Anda:
- Yang Mana Satu Nazarina, Pengarah Hydroshoppe Tuuu…
- Kluster Pengkhianat Lancarkan Kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap
- Apakah DS Najib Akan Mendapat Keadilan Pada 19 Januari Ini?