Sembilan maut serangan bom kereta di Somalia
Sembilan maut serangan bom kereta di Somalia
MOGADISHU: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas dua bom meletup dalam kejadian berasingan di sebuah bandar di tengah Somalia.
Pegawai keselamatan tempatan, Abdullahi Adan berkata, sekumpulan militan menyerang bandar Mahas dengan membawa kenderaan penuh dengan muatan bahan letupan.
“Mereka menyasarkan kawasan awam dan seramai sembilan penduduk maut dalam dua letupan itu,” katanya.
Letupan itu berlaku di wilayah Hiran, tengah Somalia yang mana serangan besar dilancarkan pada tahun lalu terhadap kumpulan dikaitkan dengan Al-Qaeda.
Komander polis di Mahas, Osman Nur berkata, kumpulan militan membunuh orang awam dalam serangan tersebut.
Sementara itu, beberapa saksi mendakwa satu lagi letupan berlaku berhampiran sebuah restoran yang tidak jauh dari bangunan pentadbiran daerah di Mahas.
“Saya melihat mayat orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Ini adalah serangan yang mengerikan,” kata seorang saksi bernama Adan Hassan. – AFP
Sembilan maut serangan bom kereta di Somalia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir , Muhyiddin pasti cari peluang ‘tawan’ UMNO guna Proksi.
- Yang Mana Satu Nazarina, Pengarah Hydroshoppe Tuuu…
- Kluster Pengkhianat Lancarkan Kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :