Tutup Premis Judi Ketika Menjelang PRN, Agak-Agak Lepas PRN Buka Balik Tak?
Tutup Premis Judi Ketika Menjelang PRN, Agak-Agak Lepas PRN Buka Balik Tak?
Ramai yang teruja, terutamanya penyokong tegar PAS, apabila Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor umumkan semua premis judi di Kedah ditutup.
Penulis juga bersetuju dan mengucapkan tahniah di atas tindakan tegas Sanusi.
Cuma apa yang agak memusykilkan penulis adalah, mengapa baru sekarang tindakan sebegitu diambil.
Apakah kerana Sanusi benar-benar mahu membebaskan Kedah dari segala kegiatan perjudian atau tindakan tersebut kerana mahu mendapatkan ‘political mileage’?
Kita semua tahu, pilihanraya negeri akan diadakan dalam masa yang terdekat.
Imej parti PAS kini telah tercalar teruk berikutan beberapa insiden yang tidak bermoral.
Baca di sini:
1) https://my-tv.online/2022/12/22/mb-terengganu-ke-auckland-atas-urusan-rasmi-bukan-bercuti/
2) https://my-tv.online/2022/12/15/pas-perdagangkan-hukum-talak-untuk-kepentingan-politik/
4) https://my-tv.online/2022/12/06/cabutan-khas-judi-di-kurangkan-hampir-300-pak-lebai-down-ker/
5) https://my-tv.online/2022/12/01/pas-hanya-mampu-berikan-jawapan-klishe-mengenai-rasuah-pru-15/
Kita semua tahu bahawa judi adalah haram di sisi ugama Islam.
Tetapi bagaimana dengan arak?
Apakah di Kedah judi dihukumkan sebagai haram, tetapi arak telah dihukumkan sebagai ‘halal’?
Penulis sekadar bertanya, kerana PAS sememangnya terkenal sebagai sebuah parti yang sering mengeluarkan fatwa mengikut selera dan kepentingan sendiri.
Dan bagaimana pula dengan rasuah politik yang dilakukan ketika PRU 15?
Sudahkah Sanusi siasat dan kenal pasti siapa yang terlibat?
Sudahkah laporan polis dibuat?
Harapan penulis, sekiranya benar-benar ikhlas mahu mendaulatkan hukum Islam dalam pemerintahan negeri, lakukan secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh.
Hukum Allah SWT tidak boleh diambil dan dipraktikkan separuh-separuh.
Yang mana boleh memberikan keuntungan, akan dilaksanakan dan yang mana tidak memberikan keuntungan, akan diketepikan.
Ingat, hukum hakam di dalam Al Quran adalah milik Allah SWT dan bukan milik Sanusi atau milik PAS.
Agak-agak, selepas pilihanraya negeri nanti, premis judi tersebut akan terus ditutup atau akan dibuka semula?
Tutup Premis Judi Ketika Menjelang PRN, Agak-Agak Lepas PRN Buka Balik Tak?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Yang Mana Satu Nazarina, Pengarah Hydroshoppe Tuuu…
- Kluster Pengkhianat Lancarkan Kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap
- Apakah DS Najib Akan Mendapat Keadilan Pada 19 Januari Ini?