BOT PENYELAMAT TERDAMPAR DI PANTAI TROMBOL

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak menerima laporan berkenaan bot penyelamat yang dijumpai oleh penduduk kampung di sekitar Pantai Trombol, Kuching pada petang, 4 januari lalu.
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, bot penyelamat yang terdampar tersebut berkemungkinan milik kapal kargo MV Lider Express yang dilaporkan mengalami masalah teknikal semasa belayar di perairan Natuna, Indonesia.
Walaubagaimanapun, Pihak Maritim Malaysia masih menunggu pengesahan berkaitan perkara ini dari pihak yang terlibat.
Usaha untuk memindahkan bot penyelamat tersebut telah dilakukan oleh pihak Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada petang semalam, tetapi terpaksa ditangguh akibat cuaca kurang baik serta laut bergelora, dan akan diteruskan pada hari ini.
Bot tersebut akan dipindahkan ke kawasan berdekatan di Telaga Air, Kuching untuk siasatan lanjut dari pihak Maritim Malaysia dan PDRM.
Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button