‘Kereta pengedar dadah ditembak selepas langgar kenderaan Kastam’

‘Kereta pengedar dadah ditembak selepas langgar kenderaan Kastam’

'Kereta pengedar dadah ditembak selepas langgar kenderaan Kastam'
Kelongsong peluru bertaburan di lokasi kejadian kereta penguat kuasa Kastam dilanggar oleh pengedar dadah dekat Jalan Silabukan, Lahat Datu, semalam.

LAHAT DATU: Sepasukan anggota Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas sebuah kereta dinaiki dua lelaki disyaki pengedar dadah, melanggar kenderaan mereka ketika cuba meloloskan diri daripada kepungan.

Kejadian yang berlaku di hadapan sebuah kedai dekat Jalan Silabukan di sini, turut disaksikan orang awam yang berada di sekitar tempat kejadian dan mereka sempat mengambil gambar sebelum ia tular menerusi media sosial.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang semalam, selepas sepasukan pegawai JKDM Sabah menahan sebuah kereta jenis Proton Saga kerana disyaki membawa dadah.

Bagaimanapun pemandu kereta Proton Saga bertindak agresif melarikan diri dan melanggar kenderaan pegawai penguat kuasa JKDM.

Dalam usaha mempertahankan diri, pegawai penguat kuasa terbabit bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar hadapan dan belakang bagi memberhentikan kereta suspek.

Namun suspek terus bertindak agresif meloloskan diri menuju ke arah Kampung Layung, di sini menyebabkan pegawai penguat kuasa mengejarnya

Kereta suspek ditahan selepas masuk ke jalan mati di kawasan kampung berkenaan dan kedua-dua suspek berjaya diberkas.

Pegawai penguat kuasa turut menemui sebuah bungkusan disyaki berisi dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan ia berkaitan operasi JKDM mengenai aktiviti pengedaran dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sudah Empat Puluh hari jadi PM, kerajaan Anwar belum dakwa sesiapa lagi .

‘Kereta pengedar dadah ditembak selepas langgar kenderaan Kastam’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sudah Empat Puluh hari jadi PM, kerajaan Anwar belum dakwa sesiapa lagi .

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker