Lima jam berpaut pada tong ikan
Lima jam berpaut pada tong ikan
KUDAT: Seorang nelayan ditemui selamat selepas menempuh detik cemas terapung dengan berpaut pada tong ikan selama lebih lima jam apabila bot dinaikinya karam akibat terlanggar batu di perairan Tajau Laut, di sini, semalam.
Mangsa, Abd Rahman Tumai, 54, berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kira-kira jam 2 petang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat menerima panggilan kecemasan bot karam di perairan berkenaan pada 11.14 pagi.
“Menurut pemanggil terdapat seorang mangsa terbabit selepas bot mangsa karam akibat terlanggar batu ketika dalam perjalanan balik ke rumah.
Katanya, mangsa ditemui oleh Maritim Malaysia di lokasi satu batu nautika dari pantai dalam keadaan terapung berpaut pada tong ikan.
“Seterusnya pasukan bomba membantu menghantar mangsa ke rumahnya di Kampung Gumpa dan operasi ditamatkan pada 2 petang,” katanya.
Lima jam berpaut pada tong ikan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
- Saingan sengit Naib Presiden Umno
- Sistem kehakiman Malaysia setara Junta Mynmar jika Kes Najiib diadu ke United Nation.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :