Ucapan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi  pada PAU 2023 akan jadi tumpuan.

 

 

Parti UMNO akan memulakan Perhimpunan Agong nya beberapa hari lagi pada 11 haribulan Januari 2023.



PAU kali ni agak menarik kerana beberapa bulan lagi UMNO akan mengadakan pemilihan parti pula.

Perhimpunan kali ini juga menarik kerana UMNO bersidang sebagai kerajaan gabungan antara Parti Keadilan Rakyat dan DAP sebagai tunggak utama didalam kerajaan Perpaduan.

Selain itu , Presiden UMNO juga menghadiri PAU sebagai orang berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

Maka , atas sebab ini ucapan dasar oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi akan dilihat sebagai memberi ‘hint’ kemana  hala tuju UMNO.



Dalam keadaan UMNO hari ini , dimana ada ujud golongan yang berpaksikan parti lawan , pasti sekali Presiden tidak akan melepaskan peluang untuk menegur pihak yang tdak sebulu dengan nya.

Namun, ini sekadar andaian pihak kami sahaja.

UMNO akan menghadapi pemilihan dan pasti nya sebagai Presiden Datuk Ahmad Zahid akan memberi sedikit penjelasan mengenai pemilihan parti.

Sambil itu , dipercayai DAZH pasti juga akan menerangkan lebih lanjut lagi kenapa UMNO memilih Pakatan Harapan dan bukan Perikatan Nasional.



Ini dipercayai masih ada ahli yang masih ‘blur’ kenapa UMNO tidak pilih Perikatan Nasional.

Mungkin kepada ahli ahli yang dihasut oleh apa yang digelar “Kluster Broker” yang mahu UMNO bersama PN dan bukan PH.

Pasti sekali DAZH akan menceritakan kisah pengkhianatan dan sabotaj dari kalangan Kluster Broker yang berkiblatkan parti lawan.
Apa pun sama ada DAZH akan melondehkan atau tidak , himpunan kali ini tetap menarik perhatian kerana UMNO telah menjadi sebahagian dari kerajaan .



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button