UMNO Bahagian Arau Di Gantung Tapi Hishamuddin Yang Termenung

UMNO Bahagian Arau Di Gantung Tapi Hishamuddin Yang Termenung

UMNO Bahagian Arau Di Gantung Tapi Hishamuddin Yang Termenung

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat keputusan untuk menggantung UMNO Bahagian Arau.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, keputusan itu dibuat atas sebab UMNO Bahagian Arau telah melanggar perlembagaan parti.



Sebelum ini, MKT UMNO, telah membuat keputusan untuk memecat Ketua UMNO Bahagian Arau, Shahidan Kassim dan juga isteri beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian yang sama.

Alasan pemecatan kedua-dua mereka adalah atas kesalahan melanggar perlembagaan parti.

Dalam mesyuarat yang sama, MKT UMNO juga telah mengekalkan penggantungan mantan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Tajuddin Rahman, selepas rayuan beliau ditolak.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1048193/umno-bahagian-arau-digantung-atas-sebab-disiplin-isham

Penyokong setia Shahidan yang masih lagi berada di dalam UMNO telah mempersoalkan tindakan tersebut.

Malah mereka menuduh kononnya presiden UMNO, DS Zahid mengamalkan sikap diktator dan takut menghadapi saingan dalam pemilihan parti yang akan datang.

Mereka menuduh, DS Zahid akan mencantas siapa sahaja yang dirasakan akan menggugat peluang beliau untuk mengekalkan jawatan presiden UMNO.



Rumah Agam UMNO Sudah Menutup Pintu Kepada Pengkhianat

Ironiknya, bagi penulis, tuduhan yang dibuat oleh penyokong Shahidan itu adalah sangat tidak berasas.

Dalam perjuangan, kesetiaan pengikut adalah berlandaskan kepada dua faktor, faktor pemimpin atau faktor perjuangan.

Sekiranya mereka setia kepada Shahidan yang mereka anggap sebagai pemimpin, maka mereka seharusnya meninggalkan UMNO untuk bersama-sama Shahidan.

Dan sekiranya mereka setia kepada perjuangan, maka mereka mesti setia kepada UMNO yang kini sudah menjadi parti musuh kepada Shahidan.



Sekiranya mereka masih lagi setia kepada Shahidan tetapi dalam masa yang sama masih berada dalam UMNO, maka mereka tidak layak dipanggil pejuang.

Panggilan yang lebih tepat adalah mereka semua itu adalah pengkhianat yang akan menjadi mata dan telinga kepada Shahidan.

Maka sudah sewajarnya tindakan penggantungan dilakukan supaya pembersihan dapat dilakukan sepenuhnya.

NamunĀ  yang lebih menarik, penggantungan UMNO Arau telah membuatkan kem Hishamuddin merasa gundah gelana.



UMNO pusat sudah memberikan isyarat yang cukup jelas bahawa pengkhianatan yang sedang berlaku di peringkat bahagian kini telah berada dalam radar mereka.

Dan ianya hanya menunggu masa yang sesuai untuk diambil tindakan yang tegas.

Rasional tindakan tersebut bukanlah untuk memaksa pemimpin akar umbi untuk setia kepada batang tubuh pemimpin.

Tetapi mereka mesti setia kepada perjuangan dan keputusan parti, walau siapa pun presidennya.



 

UMNO Bahagian Arau Di Gantung Tapi Hishamuddin Yang Termenung

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button