Wanita berpura-pura diculik minta wang tebusan dari suami

Wanita berpura-pura diculik minta wang tebusan dari suami

Wanita berpura-pura diculik minta wang tebusan dari suami
WANITA yang berpura-pura diculik kembali ke pangkuan keluarganya selepas rancangannya gagal.-AGENSI

BOGOR: Seorang wanita dari Babakan Madang di Bogor, Jawa Barat mendapat perhatian warga net kerana berpura-pura diculik perompak bersama anaknya baru-baru ini.

Lapor Kompas.com, ibu muda itu merancang penculikan itu semata-mata untuk meminta wang tebusan berjumlah 50 juta rupiah (RM14,044) daripada suaminya.

Menurut laporan awal, wanita itu diculik bersama anaknya ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dan dia sempat mencetus kekecohan dengan memuat naik insiden itu di media sosial pada Rabu lalu.



Namun helahnya itu terbongkar selepas dia ditemukan di Puncak di Jembatan Gadog di wilayah Cisarua, Jumaat lalu.

Ketua Polis Bogor, Iman Imanuddin berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita itu dan anaknya tidak diculik sebaliknya hanya berpura-pura kerana diselubungi hutang berjumlah 45 juta rupiah (RM12,638).


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Wanita itu mereka kisah penculikan itu dengan dibantu seorang rakan sekerja untuk mendapatkan wang membayar hutang tanpa pengetahuan suaminya.

“Dia pergi ke kawasan Cijeruk dan mengambil gambar seolah-olah diculik dengan mulut diikat, mata terpejam sambil memegang anaknya. Foto itu kemudian dihantar kepada suaminya untuk meminta wang tebusan,” jelas Iman.



Wanita itu kemudian mula berasa takut dan memutuskan untuk pergi ke Jalan Raya Cisarua di Puncak Bogor dan kemudian meminta bantuan penduduk yang sedang melintas jalan supaya menghubungi suami serta ibu bapanya.

Polis yang mendapat laporan itu menemani suaminya ke lokasi berkenaan dan turut menyiasat rakan yang bersuhabat merancang penculikan itu.

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button