Sepatutnya Dr Akmal Kekalkan Profesion Doktor Panadol Bukan Ahli Politik

Sepatutnya Dr Akmal Kekalkan Profesion Doktor Panadol Bukan Ahli Politik

Sepatutnya Dr Akmal Kekalkan Profesion Doktor Panadol Bukan Ahli Politik

Untuk menjadi seorang ahli politik yang berjaya, seseorang itu bukan sahaja setakat mesti mempunyai misi dan visi yang jelas.

Tetapi seorang ahli politik mesti juga mempunyai strategi yang mantap.

Bijak membezakan antara kawan dan lawan, bijak membaca langkah dan gerakan lawan supaya tidak termasuk dalam perangkap lawan.



Seorang ahli politik juga mesti pandai menggunakan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan mata dengan bijak.

Chanselor Empayer Jerman (1871-1890), Otto von Bismarck berkata, ‘politics is the art of the possible, the attainable, the art of the next best’.

Dr Akmal Gagal Menggunakan Kesempatan Yang Terhidang

Sejak dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal dilihat beberapa kali telah mengambil pilihan yang salah.

Tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kehadiran ADUN Rembia, Jailani Khamis, yang dilihat bersama-sama musuh adalah kesilapan yang besar.



Berdiam diri bukan satu pilihan dan apabila beliau berdiam diri, ini memberi isyarat bahawa beliau merestui tindakan Jailani.

Merestui tindakan pengkhianat adalah satu kesalahan yang cukup besar di mata kepimpinan dan akar umbi.

Kemudian Dr Akmal mengumpulkan pula Ketua Pemuda akar umbi dalam program yang beliau namakan sebagai Post-Mortem PRN, Pemuda UMNO.

Satu langkah yang baik, tetapi, akar umbi persoalkan, apakah yang beliau dan Pemuda UMNO sumbangkan dalam PRN 6 negeri?



Mengikut maklum balas yang diterima, beliau sendiri hanya muncul di Terengganu sahaja.

Dan adakah Pemuda UMNO yang hadir itu bertungkus lumus membantu UMNO dalam PRN 6 negeri?

Strategi ‘Diversion’ Yang Salah

Mungkin selepas mendapat teguran dari kepimpinan utama UMNO, Dr Akmal dilihat cuba membuat ‘u-turn’.

Beliau mendesak Jabatan Peguam Negara supaya menyiasat kesahihan kebocoran ‘Memo Dalaman’ Jabatan Peguam Negara di era Tommy Thomas.



Adalah lebih bijak sekiranya Dr Akmal menggunakan isu tersebut untuk mendesak kerajaan supaya tidak lagi menangguhkan RCI Tommy Thomas.

Satu desakan yang bakal menelanjangkan pelbagai kebobrokan yang berlaku dalam sistem perundangan negara.

Sekiranya memo tersebut sahih, ianya adalah bukti yang sangat jelas bahawa dakwaan terdapatnya campurtangan pihak tertentu dalam sistem perundangan adalah benar.

Sepatutnya, itulah peluang keemasan untuk memulihkan semula imej beliau, tetapi sayangnya telah beliau sia-siakan.



Sekiranya peluang sebegitu pun tidak dapat beliau lihat, eloklah beliau terskan sahaja profesion sebagai seorang doktor panadol.

“Sekali makan 2 biji dan makan 3 kali sehari selepas makan, yer pakcik”…😜😜😜

Sepatutnya Dr Akmal Kekalkan Profesion Doktor Panadol Bukan Ahli Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button