Sotong Bakar Gergasi, Hanya di Restoran Mak Kimbong!

Sotong Bakar Gergasi, Hanya di Restoran Mak Kimbong!

Sotong Bakar Gergasi, Hanya di Restoran Mak Kimbong!

Siapa sahaja yang tidak menggemari makanan laut? Walaupun harga makanan laut pada zaman kini agak mahal, kalau dah menjadi kesukaan ramai, ia memang sentiasa hangat di pasaran!

Sebut tentang makanan laut, makanan laut apa yang menjadi kegemaran anda? Kerang? Lala? Ketam? Atau sotong? Jika anda peminat tegar sotong terutamanya yang gergasi saiznya, kami tahu restoran apa yang wajib anda terjah.



Restoran Mak Kimbong yang terletak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi ini mula menjadi sebutan ramai apabila menu istimewanya, sotong bakar gergasi semakin menjadi tarikan. Selain sotong bakar, menu lain turut mendapat tempias yang sama.

Sotong Bakar Gergasi, Bukan Biasa-Biasa

Selalunya bila kita singgah di sesetengah restoran untuk mencuba sotong bakar, saiz sotongnya pasti kecil-kecil sahaja. Bagi pencinta sotong bakar, memang tidak puas dan tidak mengenyangkan!

Namun di Restoran Mak Kimbong lagi, perkara sebegitu tidak akan menjadi masalah! Saiz sotong bakar di sini memang besar, cocok sekali dengan namanya.

Grobok Salai Negeri Sembilan



 

Sotong Bakar Gergasi, Hanya di Restoran Mak Kimbong!

Saiznya bukan sahaja besar, malah rasanya juga tidak kurang enaknya. Diperap dan dibakar dengan resepi istimewanya, ianya dibakar dengan cukup sempurna. Apabila dicicah bersama sambal, memang bergandalah kesedapannya!

Ikan Bakar, Segar dan Lembut Isinya

Sotong Bakar Gergasi, Hanya di Restoran Mak Kimbong!



Hidangan ini tidak perlu diperkatakan lagi kehebatannya. Pergi sahaja ke mana-mana restoran yang menghidangkan lauk yang dibakar, pasti ikan bakar merupakan antara menu paling ‘top’ di situ.

Rata-rata pelanggan memuji ikan bakar yang cukup segar dan ‘juicy’ isinya. Saiz ikan juga agak besar, jadi memang mengenyangkan. Bila dimakan bersama sambal dan nasi putih panas-panas, memang ‘kaw’!

Sotong Bakar Gergasi, Hanya di Restoran Mak Kimbong!

Antara ikan bakar yang disediakan di sini ialah ikan keli, ikan bawal, ikan pari dan ikan cencaru. Harga untuk setiap ikan juga berlainan, jadi pilih sahaja yang mana anda berkenan.

Lauk Campur dan Ulam-ulaman yang Beraneka

Sotong Bakar Gergasi, Hanya di Restoran Mak Kimbong!

Walaupun sotong gergasi dan ikan bakar di sini cukup enak dimakan begitu sahaja, apa salahnya jika anda tambah lauk campur sebagai pelengkap hidangan.



Menurut pelanggannya, di Restoran Mak Kimbong ini ada lebih 45 jenis lauk campur yang disediakan. Dari ikan, ayam, daging yang dimasak dengan berbagai jenis cara, semuanya ada.

Sotong Bakar Gergasi, Hanya di Restoran Mak Kimbong!

Ulam-ulaman juga tidak terkecuali. Ada ulam kacang botol, kacang bendi, ulam raja, salad dan banyak lagi. Dimakan pula bersama sambal belacan dan kicap pedas, pasti enak dan menyihatkan!

Banyak Lagi

Sotong Bakar Gergasi, Hanya di Restoran Mak Kimbong!



Selain lauk-pauk, restoran ini juga turut menjual kudapan. Antara kudapan yang dijual ialah kuih gunting, rempeyek dan banyak lagi. Jadi bagi yang datang dari jauh tu, bolehlah anda makan kudapan ini dalam perjalanan pulang nanti.

Sotong Bakar Gergasi, Hanya di Restoran Mak Kimbong!

Bagi menu sarapan pula, selalunya roti canai atau nasi lemak yang menjadi pilihan. Minuman yang wajib dipesan bersama menu ini semestinya teh tarik.

Kesimpulan

Kami yakin pasti ada di kalangan pembaca yang sudah mula kecur air liur memikirkan keenakan menu-menu istimewa di sini. Jangan tunggu lama-lama, lekas terjah Restoran Mak Kimbong ini ya!



Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi Restoran Mak Kimbong. Kami juga nasihatkan agar anda datang awal sebelum ruang makan dan ruang parkir penuh. Selamat menjamu selera!

Alamat: No 17, Jalan 4/1a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 11 malam

Port Makan Terbaik Berdekatan Dengkil, Sepang, Bangi, Putrajaya & Cyberjaya

 

Sotong Bakar Gergasi, Hanya di Restoran Mak Kimbong!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Doomsday Menanti PN Apabila Kotak Pandora Mula Di Buka

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button