Giggles & Geeks Cyberjaya

Jom Cuba Double Homemade Beef Burger Juicy

Giggles & Geeks Cyberjaya
Giggles & Geeks Cyberjaya
Giggles & Geeks Cyberjaya

Tak ada idea lagi nak buat apa hujung minggu ni? Atau tercari-cari port makan baru untuk memuaskan deria rasa? Dalam artikel kali ini, MaiSinggah nak kongsikan salah sebuah restoran yang semakin viral kerana atmosfera restorannya yang cukup menarik dan juga disebabkan keenakan hidangan yang ditawarkan. Restoran yang dimaksudkan ialah Giggles & Geeks.

Giggles & Geeks Cyberjaya
Double Homemade Beef Burger

Duduk jauh dari Cyberjaya? Tak apa, baca artikel ni dari awal sampai ke penghujung untuk membantu anda membuat keputusan sama ada berbaloi atau tak untuk melalui perjalanan jauh semata-mata sebab nak makan dekat restoran ni. (Psst: Mesti rasa macam nak terus gerak punyalah!)

Giggles & Geeks Cyberjaya
Wagyu Striploin

Restoran Yang Sesuai & Selesa Untuk Dikunjungi Bersama Keluarga, Kawan Atau Pasangan

Kalau anda tercari-cari tempat makan yang sedap dipandang mata untuk ber-ootd, memang akan puas hati. Konsepnya ala-ala hipster dengan sentuhan industrial, berdindingkan batu-bata dan menggunakan besi sebagai rak dan pembahagi ruang makan. Cukup menarik.

Giggles & Geeks Cyberjaya



Restoran Giggles & Geeks Cyberjaya ini sesuai untuk dijadikan tempat menjamu selera bersama keluarga, lepak dengan kawan-kawan mahupun berdating dengan tersayang, ada ruang makan yang sesuai untuk apa tujuan sekalipun.

Yang bestnya, restoran ni juga turut menyediakan khidmat sambutan hari istimewa seperti majlis hari jadi.

Menu Masakan Barat Yang Boleh Merambangkan Mata

Bila fikir pasal masakan barat mesti teringat burger atau chicken chop, tapi rupa-rupanya macam-macam lagi yang ada dekat restoran Giggles & Geeks ni! Berikut adalah jenis-jenis menu yang ada:

  • 8 Menu Platter
  • 7 Menu Burger
  • 3 Jenis Spaghetti (Setiap Jenis 8 Menu): Spaghetti Carbonara, Aglio Olio, Pamodoro)
  • 4 Menu Steak
  • 8 Menu Mac N’ Cheese
  • Menu Waffle, Milkshakes & lain-lain (Ringan, Jus, Penyejuk, Panas & Kopi)
  • Hidangan sampingan, Snek, Salad & Sup
  • Pencuci mulut & pastri (Hari Sambutan, Afternoon Teatime )

Apa Hidangan Paling Istimewa Di Sini?

Dilema pencinta makanan… bila terlalu banyak menu yang ditawarkan, memang pening kepala nak buat pilihan.

Tapi berdasarkan maklumat yang dikongsikan, menu terhangat yang menjadi kegemaran ramai pelanggan adalah seperti Burger, Spaghetti dan juga Mac N’ Cheese.



Mac N Cheese Shimeji Mushroom & Mac N Cheese Meatball

Tapi untuk hidangan signature atau istimewa restoran ini pula, anda boleh order Lamb Shank, Double Homemade Beef Burger dan juga Lamb Chop. Memamg tak rugi cuba! Daging dimasak lembut, bila digigit, cukup terasa juicynya!

Lamb Shank & Grilled LambLamb Shank & Grilled Lamb

Harga

Mengenai harganya, sangat berbaloi dengan saiz hidangan dan rasa yang bakal menerpa deria rasa. Ramai pelanggan terkejut melihat saiz makanan yang dihidangkan kerana lebih besar daripada yang terpapar dalam menu. Bila betul-betul kenyang, barulah betul-betul puas hati, ye tak?

Secara keseluruhannya harga ada yang serendah bawah RM 10.00 hinggalah kepada hampir RM 100.00, bergantung kepada hidangan. Menu pertama sekali adalah terdiri daripada Chicken Chop yang berharga daripada RM 15.20 hingga RM 26.90. Untuk peminat burger, harga yang ditawarkan adalah daripada RM 22.90 hingga RM 32.90.

Korea Chicken Chop & Maryland Chicken Chop

Bagi yang ingin mencuba daging lembu atau Beef, harganya adalah daripada RM 15.50 untuk Homemade Beef Patty hingga RM 98.90 untuk Black Angus.



Double Homemade Beef Burger & Double Grill Chicken Burger

Bagi yang nak berdiet tu, bolehlah cuba menu berasaskan ikan mereka seperti Breaded Fish Fillet yang berharga RM 28.90, Salmon Fillet pada RM 38.90 dan Grilled Fish pada RM 39.90.

Salmon Fillet & Breaded Fish Fillet

Bagi yang inginkan kepuasan menikmati keju, terdapat juga pelbagai menu untuk Mac & Cheese, ya, bukan satu jenis! Ada Mac & Cheese Maryland Chicken Chop, Mac & Cheese Shimeji Mushroom, dan macam-macam lagilah dengan harga daripada RM 18.90 hingga RM 28.90.

Bila ada masakan barat, selalunya mesti tak lari daripada menu Itali, betul tak? Begitu jugalah  di Giggles & Geeks ni. Ada pelbagai jenis Spaghetti yang anda boleh pilih dengan harga daripada RM 22.90 ke RM 29.90. Aglio Olio pula daripada RM 22.90 ke RM 26.90.

Spaghetti Aglio Olio Seafood & Spaghetti Pamadoro Seafood

Sebagai pencuci mulut, anda boleh try order Waffle yang ada, ditawarkan daripada harga serendah RM 9.90 hingga RM 18.90.



Pastry Beraneka Jenis

Tapi sebelum makan, wajib ambil gambar dulu, memang style-lah Waffle dekat Giggles & Geeks ni!

Bagi menyejukkan tekak, bermacam jenis minuman ada! Tapi yang paling best sekali adalah milkshakenya seperti Oreo, Chocolate, Vanilla dan lain-lain dengan harga daripada RM 15.90 ke RM 19.90.

Menu Sarapan Pagi Yang Best

Atas permintaan ramai bermula dari disember 2021 Giggles & Geeks telah memperkenalkan menu sarapan menarik dengan pelbagai pilihan western dan tempatan yang pasti dapat memberi anda pengalaman sarapan yang tidak mudah dilupakan.

Eggs Benedict & Salmon
Breakfast Omelet & Scrambled Egg
Nasi Kerabu & Ayam Bakar
Mee Goreng & Mee Kari
Ikan Bakar
English Breakfast & French Toast

Senarai Harga Makanan (Menu)



A) Chicken Chop

Grilled Chicken Chop & Grilled Beef Meatballs
  • Korea Chicken Chop: RM 26.90
  • Grilled Chicken Chop: RM 24.90
  • Maryland Chicken Chop: RM 24.90
  • Grill Chicken Chop (Loaded): RM 15.20

B) Fish

  • Breaded Fish Fillet: RM 28.90
  • Grilled Fish: RM 39.90
  • Salmon Fillet: RM 38.90

C) Beef

Grass Fed Striploin & Wagyu Striploin
  • Black Angus: RM 98.90
  • Grain Fed Striploin: RM 68.90
  • Grilled Beef Meatball: RM 28.90
  • Homemade Beef Patty: RM 15.50

D) Spaghetti/Aglio Olio

Sumber: Spaghetti Tomato Grilled Lamb Chop & Carbonara Chicken Chop
  • Spaghetti Carbonara Grilled Herb Fish: RM 29.90
  • Spaghetti Carbonara Maryland Chicken Chop: RM 28.90
  • Spaghetti Carbonara Breaded Fish: RM 28.90
  • Spaghetti Carbonara Meatball: RM 26.90
  • Spaghetti Carbonara Grilled Chicken Chop: RM 26.90
  • Spaghetti Carbonara Beef Pastrami: RM 24.90
  • Spaghetti Tomato Breaded Fish: RM 29.90
  • Spaghetti Tomato Maryland Chicken Chop: RM 26.90
  • Spaghetti Tomato Meatball: RM 25.90
  • Spaghetti Tomato Grilled Chicken Chop: RM 24.90
  • Spaghetti Tomato Beef Pastrami: RM 23.90
  • Spaghetti Chicken Bolognese: RM 22.90
  • Aglio Olio Grilled Chicken Chop: RM 22.90
  • Aglio Olio Beef Pastrami: RM 22.90
  • Aglio Olio Maryland Chicken Chop: RM 24.90
  • Aglio Olio Breaded Fish: RM 26.90
  • Aglio Olio Grilled Herb Fish: RM 26.90

E) Burger

Maryland Chicken Chop Burger
  • Double Cheese Beef Burger: RM 32.90
  • Double Grill Chicken Burger: RM 30.90
  • Korea Chicken Burger: RM 26.90
  • Maryland Chicken Chop Burger: RM 24.90
  • Classic Cheese Beef Burger: RM 24.90
  • Grilled Marinated Chicken Chop Burger: RM 22.90

F) Mac & Cheese

Giggles & Geeks - Mac n Cheese lamb
Mac N Cheese Grilled Chicken Chop & Mac N Cheese Grilled Lamb Chop
  • Mac & Cheese Maryland Chicken Chop: RM 28.90
  • Mac & Cheese Breaded Fish: RM 28.90
  • Mac & Cheese Grilled Chicken Chop: RM 26.90
  • Mac & Cheese Meatball: RM 26.90
  • Mac & Cheese Beef Pastrami: RM 24.90
  • Mac & Cheese Shimeji Mushroom: RM 18.90

G) Waffle

Ultimate Strawberry Waffle & Waffle Trio Ice Cream
  • Ultimate Strawberry Waffle: RM 18.90
  • Nutella Banana Waffle: RM 16.90
  • Waffle Trio Ice-Cream: RM 16.90
  • Classic Waffle: RM 9.90

H) Lain-lain

Pelbagai Side Dish Menarik Untuk Dicuba
  • Chicken Salad: RM 17.90
  • Chicken Bolognese: RM 14.00
  • Meatball Shimeji Mushroom: RM 13.50
  • Mix Garden Salad: RM 12.90
  • Tomato Soup: RM 12.90
  • Mushroom Soup: RM 12.90
  • Banana Split: RM 12.90

I) Minuman

Oreo Milkshake & Regular Milkshakes
Signature Milk Shake: RM 19.90
  • Oreo Milk Shake: RM 18.90
  • Chocolate Milk Shake: RM 15.90
  • Vanilla Milk Shake: RM 15.90
  • Strawberry Milk Shake: RM 15.90 dll.

Fasiliti

Giggles & Geeks menyediakan ruang makan yang selesa sama ada untuk kunjungan bersama keluarga, kawan-kawan mahupun dengan pasangan. Ruang makannya cukup luas untuk datang makan beramai-ramai dan ada pencahayaan yang romantik untuk dinner.

Kalau anda datang selepas puas makan angin, masuk dalam restoran ni, boleh makan angin air con pula. Atmosfera yang betul-betul selesa. Yang penting sekali, tempat letak kereta percuma dan bagi pengunjung beragama Islam, surau disediakan.

Media Sosial

Instagram: @gigglesngeeks



Facebook: @gigglesandgeeksMY

Whatsapp

Lokasi

Restoran Giggles & Geeks terletak di tingkat bawah Bio-X Centre.

Google Maps

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Ground Floor, Bio-X Centre, Persiaran Cyberpoint Selatan, Cyber 8 63000 Cyberjaya, Selangor.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button