Muhyiddin Tuduh PH Dan BN Melakukan Pembunuhan Karektor

Muhyiddin Tuduh PH Dan BN Melakukan Pembunuhan Karektor

Muhyiddin Tuduh PH Dan BN Melakukan Pembunuhan Karektor

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin, menuduh PH dan BN sedang melakukan pembunuhan karektor terhadap pemimpin PN.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1050157/muhyiddin-dakwa-ph-bn-laksana-pembunuhan-karakter-ke-atas-pn

Dalam kenyataan yang sama, Muhyiddin menuduh, PH dan BN sengaja membesarkan angka perbelanjaan ketika darurat kepada RM600 bilion.

Menurut Muhyiddin, ianya bertujuan untuk memberikan gambaran kebobrokan PN semasa memerintah di era darurat.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja) berkata, setiap siasatan terhadap pemimpin PH tidak boleh dikaitkan dengan parti tersebut.



Peja menyatakan kononnya beliau merasa pelik, mengapa penahanan pemimpin PPBM dikaitkan dengan parti tersebut.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/650697

Mungkin sama ada Muhyiddin, mahu pun Peja, keliru dengan maksud sebenar pembunuhan karektor atau pun politik membalas dendam.



Pembunuhan karektor atau politik membalas dendam adalah perbuatan merekayasa kes yang sebenarnya tidak wujud.

Atau sengaja mewujudkan kes tanpa bukti yang jelas dengan bertujuan untuk memburukkan kredibiliti pemimpin tertentu.

Sebagai contoh, dalam kes SRC dan 1MDB yang membabitkan mantan presiden UMNO dan juga mantan perdana menteri, DS Najib.

Satu dunia tahu, terdapat banyak kepincangan dalam perbicaraan dan keadilan tidak diberikan, tetapi perbicaraan dan hukuman tetap dijalankan.



Begitu juga dengan kes UKSB yang membabitkan presiden UMNO, DS Zahid dan kes yang membabitkan Shahrir Samad.

Siasatan yang lengkap tidak dilakukan tetapi pendakwaan tetap diteruskan.

Itulah sebenarnya yang dikatakan pembunuhan karektor dan ianya dilakukan oleh Dr Mahathir dan Muhyiddin Yasin sendiri.

Muhyiddin Dan Peja Tidak Tahu Atau Pura Pura Tidak Tahu Maksud Pembunuhan Karektor?

Tetapi dalam kes penyelewengan perbelanjaan dana RM92.5 bilion, fakta kes serta bukti adalah sangat kukuh.



Ini bukan soal membalas dendam atau pembunuhan karektor, tetapi ini adalah soal akauntabiliti terhadap jenayah yang telah dilakukan.

Yang mencipta angka RM600 bilion bukan BN atau pun PH, tetapi Muhyiddin sendiri yang menciptanya di dalam ucapan beliau di parlimen.

Peja pula, janganlah menggelupur sangat.

Macam mana penyelewengan itu tidak dikaitkan dengan PN kalau duit penyelewengan itu dikesan telah dimasukkan ke dalam akaun parti tersebut.



Ada baiknya Peja berdoa banyak-banyak supaya Kerajaan perpaduan tidak menyiasat isu Surat Perak Karam semasa beliau menjadi MB Perak.

Baca di sini:

https://sabahkini2.com/en/news/3311/tumbangnya-peja-mb-perak-benarkah-kerana-isu-tanah-supol-pendedahan-netizen-mengejutkan/view

 

Muhyiddin Tuduh PH Dan BN Melakukan Pembunuhan Karektor

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button