Meerqeen Rasa Hun Haqeem & Nadhir Nasar Kacak

"Mereka Fashionable, Ada Stail Tersendiri."



Meerqeen Rasa Hun Haqeem & Nadhir Nasar Kacak

Meerqeen Rasa Hun Haqeem & Nadhir Nasar Kacak

Tidak dapat dinafikan, skala seni pelakon Meerqeen kian bersinar sekaligus disebut sebagai antara pelapis generasi baharu yang dilihat bakal memahat nama besar dalam industri lakonan selepas ini.

Menutup hujung tahun lalu dengan satu momen yang manis apabila tersenarai di tangga ke-55 Lelaki Paling Kacak Dunia 2022, Meerqeen atau nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata segala usahanya terbalas apabila orang luar sudah mula menyedari kehadirannya.

“Saya rasa dihargai sekarang sebab orang luar dah nampak usaha saya, dah tahu siapa Meerqeen, benda itu buat saya senang untuk bekerja.

“Bagi saya definisi kacak bagi setiap orang berbeza-beza. Sebab pada saya kacak itu apabila seorang lelaki tampil ‘proper’ dalam menjaga imej dan ketrampilan. Jaga penampilan, that’s all,” katanya kepada MH.

Berkongsikan tipsnya dalam menjaga penampilan, anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkata kunci kepada semua perkara itu adalah dengan mengelakkan diri daripada berhadapan dengan situasi tekanan.

Meerqeen Rasa Hun Haqeem & Nadhir Nasar Kacak

“Rutin saya setiap hari sentiasa basuh muka, tidur awal, sentiasa jaga pemakanan dan be happy sebab kita tak boleh nak stres sepanjang masa.

“Kalau kita stres nanti kita akan berada dalam mood yang kita tak nak bersiap dan sebagainya. So, just be happy,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu, ditanya siapakah antara jejaka kacak menerusi kaca matanya sendiri, Meerqeen berpendapat dia pelakon Hollywood, Michael B Jordan serta rakan artis iaitu Hun Haqeem dan Nadhir Nasar mempunyai ciri-ciri tersebut.

“Mereka ini ada karakter masing-masing, fashionable dan ada style tersendiri,” katanya lagi.

Terdahulu, Meerqeen merupakan satu-satunya selebriti Malaysia yang tersenarai dalam 100 Lelaki Terkacak Dunia bagi edisi 2022 anjuran TC Candler.

Beberapa selebriti popular antarabangsa turut tersenarai seperti Henry Cavill, Hrithik Roshan dan V BTS.

TC Candler merupakan badan pengkritik bebas yang akan menyenaraikan 100 wajah paling cantik dan kacak dari seluruh dunia setiap tahun.

 

Meerqeen Rasa Hun Haqeem & Nadhir Nasar Kacak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker