Pelawak maknyah digam saji lawak unsur seks
Pelawak maknyah digam saji lawak unsur seks
LONDON: Seorang pelawak diharamkan daripada membuat persembahan di Teater Kebangsaan London selepas membuat jenaka keterlaluan mengenai kanak-kanak di hadapan puluhan ibu bapa beberapa bulan lalu.
Lapor Mail Online, Sharon Le Grand sedang membuat persembahan di hadapan orang ramai di festival River Stage di London Selatan apabila penghibur itu mula bercakap tentang sifat inklusif.
“Kita perlu mengajar anak-anak kita untuk membuka hati mereka, mengajar anak-anak kita untuk membuka minda mereka dan mengajar anak-anak kita untuk membuka kaki mereka,” katanya.
“Jenaka sebegitu tidak sesuai di festival yang disasarkan untuk keluarga beriadah. Menggunakan bahan berunsur seksual kepada kanak-kanak dengan cara itu adalah salah,” jelas seorang ibu di laman sosial.
Le Grand merupakan penghibur, pelawak atau drag queen penyamar Cyndi Lauper dari Liverpool.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Umno kembali bangkit?
- KJ beri bayangan tanding jawatan Presiden Umno
- Khairy dan kluster Broker akan tetap bersama Anwar jika jadi Presiden UMNO, sebuah janji yang tiada jaminan.
“Banyak acara sesuai untuk semua peringkat umur, dan Teater Kebangsaan bekerjasama dengan rakan pengaturcara majlis untuk memastikan aksi dijadualkan pada masa yang paling sesuai.
“Kami sedar bahawa komen yang bertentangan dengan kandungan festival dan garis panduan persembahan telah dibuat di atas pentas pada hujung minggu pertama festival tersebut namun kami mengesahkan penghibur itu tidak akan muncul lagi di pentas ini,” jelasnya.
Pelawak maknyah digam saji lawak unsur seks
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tersebar flyer berkenaan Penahanan Najib tidak sah di WTC
- Kembalikan semangat Umno mendepani ujian
- Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO