Pelawak maknyah digam saji lawak unsur seks

Pelawak maknyah digam saji lawak unsur seks

Pelawak maknyah digam saji lawak unsur seks
SHARON Le Grand diharamkan membuat persembahan di Teater Kebangsaan London selepas melakukan aksi jenaka keterlaluan di hadapan orang ramai Julai lalu.-AGENSI

LONDON: Seorang pelawak diharamkan daripada membuat persembahan di Teater Kebangsaan London selepas membuat jenaka keterlaluan mengenai kanak-kanak di hadapan puluhan ibu bapa beberapa bulan lalu.

Lapor Mail Online, Sharon Le Grand sedang membuat persembahan di hadapan orang ramai di festival River Stage di London Selatan apabila penghibur itu mula bercakap tentang sifat inklusif.

“Kita perlu mengajar anak-anak kita untuk membuka hati mereka, mengajar anak-anak kita untuk membuka minda mereka dan mengajar anak-anak kita untuk membuka kaki mereka,” katanya.



Seorang ibu bapa yang menyaksikan persembahan itu mengakui merasa berang dengan jenaka melampau itu dan disifatkan terlalu berbahaya untuk kanak-kanak di bawah umur yang turut berada di festival berkenaan.

“Jenaka sebegitu tidak sesuai di festival yang disasarkan untuk keluarga beriadah. Menggunakan bahan berunsur seksual kepada kanak-kanak dengan cara itu adalah salah,” jelas seorang ibu di laman sosial.

Le Grand merupakan penghibur, pelawak atau drag queen penyamar Cyndi Lauper dari Liverpool.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Banyak acara sesuai untuk semua peringkat umur, dan Teater Kebangsaan bekerjasama dengan rakan pengaturcara majlis untuk memastikan aksi dijadualkan pada masa yang paling sesuai.

“Kami sedar bahawa komen yang bertentangan dengan kandungan festival dan garis panduan persembahan telah dibuat di atas pentas pada hujung minggu pertama festival tersebut namun kami mengesahkan penghibur itu tidak akan muncul lagi di pentas ini,” jelasnya.



UMNO bakal diharamkan 16 Julai?

Pelawak maknyah digam saji lawak unsur seks


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button