Resepi Biskut Dahlia Coklat
Resepi Biskut Dahlia Coklat yang diubahsuai untuk memenuhi citarasa kanak-kanak di hari raya.
Bahan-bahan:
- 300g mentega
- 220g gula ising
- 240g tepung gandum*
- 100g tepung jagung*
- 160 gram tepung kastard*
- 35g serbuk koko*, saya guna jenama Van Houten
- Manik gula berwarna untuk hiasan
- 2 kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Penyediaan:
- Ayak bahan bertanda *
- Panaskan oven kepada 170 darjah celsius.
- Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi sehingga adunan menjadi sebati.
- Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mendapat doh yang sekata. Rehat doh selama 10-15 minit di dalam peti ais.
- Keluarkan doh dan terap menggunakan acuan kuih dahlia. Hiaskan dengan taburan manik gula berwarna dan bakar selama 12-15 minit. Angkat, sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Tip:
- Pastikan kuih tidak terlebih dibakar kerana ia akan cepat menghasilkan rasa sedikit pahit.
Resepi Biskut Dahlia Coklat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tommy Thomas , jika benar ada kes salah laku kenapa kritik Zahid arah siasat?
- “Pemikiran politik harus berubah” – Prof Dr Siva
- “Kalah media sosial kita akan kalah pilihan raya” – Isham Jalil