Status Sarawak, Sabah sebagai wilayah dibincang Khamis ini

Status Sarawak, Sabah sebagai wilayah dibincang Khamis ini

Status Sarawak, Sabah sebagai wilayah dibincang Khamis ini
Abang Johari melancarkan Program Hari Tanpa Kereta di Kuching, hari ini. NSTP/MOHD ROJI KAWI

KUCHING : Pewartaan status Sarawak dan Sabah secara rasmi sebagai wilayah antara yang akan dibincangkan pada mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual diadakan di sini, Khamis ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata ketika pembentukan Malaysia pada 1963, Sarawak dan Sabah memang diiktiraf sebagai wilayah.

Bagaimanapun, beliau berkata, banyak perubahan yang berlaku dalam tempoh 60 tahun sehingga status Sarawak dan Sabah disebut sebagai negeri.



“Sememangnya dari mula lagi sepatutnya kita (Sarawak dan Sabah) berstatus wilayah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia (MA63).

“Sebab itu kita pinda Perlembagaan dan MA63 seterusnya (menukar) Ketua Menteri kepada Premier Sarawak,” katanya selepas Program Hari Tanpa Kereta, anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, status wilayah termaktub dalam MA63 dan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) ketika pembentukan Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO berkata, kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya wilayah.



Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur menjadikan kedudukan wilayah Sabah dan Sarawak menjadi lebih strategik untuk dibangunkan sebagai kawasan pertumbuhan baharu.

Katanya, sejak 60 tahun lalu, Sabah dan Sarawak banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia dan kini adalah masa terbaik untuk sama-sama memajukan dua wilayah itu seiring perkembangan di keseluruhan kepulauan Borneo termasuk Kalimantan, Indonesia.

“Sampai RM300 seorang dibayar ” – Jamal Yunos



Status Sarawak, Sabah sebagai wilayah dibincang Khamis ini


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“Sampai RM300 seorang dibayar ” – Jamal Yunos


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading