Resepi Biskut Makmur

Resepi Biskut Makmur
Resepi Biskut Makmur

 

Resepi Biskut Makmur, resepi kuih yang menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya. Menggunakan kacang tanah yang dikisar bersama gula icing untuk menambahkan lagi rasa lemak pada biskut Makmur ini. Resepi yang tak asing lagi masa kecil-kecil dulu, memang favorite orang kampung sebab agak senan nak buat biskut ini

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan untuk doh:
    • 500g tepung gandum
    • 2/3 cawan gula icing
    • 1 tin kecil minyak sapi
    • Paper cup
  • Bahan untuk inti:
    • 200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
    • 3/4 cawan gula icing
    • 1 sudu besar mentega kacang, optional
  • Bahan untuk salut:
    • Sedikit gula icing

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
  2. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  3. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
  4. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
  5. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.

 

Tip:

 



  • Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.

Resepi Nasi Arab power

Resepi Biskut Makmur


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“Sampai RM300 seorang dibayar ” – Jamal Yunos



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button