Makam purba ditemukan di Sungai Nil



Makam purba ditemukan di Sungai Nil

Makam purba ditemukan di Sungai Nil
GAMBAR yang dikeluarkan Kementerian Antikuiti Mesir semalam menunjukkan pemandangan pintu masuk makam yang ditemukan di wilayah selatan Mesir, Luxor.-AFP

KAHERAH: Sebuah makam diraja purba ditemukan di Wadis Barat, Necropolis Theban di tebing barat Sungai Nil di bandar Luxor di selatan Mesir, kata Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir.

Menurut laporan Xinhua, makam itu didedahkan oleh misi arkeologi bersama Mesir-British terletak di Lembah C, salah satu lembah gunung Theban.

Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir berkata, Mostafa Waziri berkata, bukti awal yang ditemukan dalam tanah perkuburan setakat ini menunjukkan bahawa ia mungkin bermula sejak zaman Thutmosid, Dinasti ke-18.



“Penemuan itu bagaimanapun akan disahkan tidak lama lagi,” kata Mostafa.

Dinasti ke-18 yang memerintah Mesir Purba dari 1550 SM hingga 1292 SM, juga dikenali sebagai Dinasti Thutmosid.

Mohsen Kamel, pengarah tapak arkeologi Wadis Barat, mendedahkan bahawa kubur yang ditemukan berada dalam keadaan yang teruk akibat banjir yang melanda kawasan itu pada zaman dahulu.

Beliau menjelaskan bahawa banjir telah menutup ruang makam dengan pasir tebal dan batu kapur yang melenyapkan banyak ciri dan inskripsinya.



Makam Tun Mamat terbiar sepi

Makam purba ditemukan di Sungai Nil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“Sampai RM300 seorang dibayar ” – Jamal Yunos



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker